Yaman. Bosnia-Herzegovina. Congo. Colombia. Apa persamaan semua tempat ini? Ini merupakan negara yang sedang berdepan atau pernah mengalami konflik bersenjata. Dalam konflik sebegini, potensi jenayah perang dan kemanusiaan seperti pembμnuhan beramai-ramai sentiasa wujud. Justeru, usah terkejut jika DNA merekodkan trauma ini dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

Mungkin ada mengatakan hal ini sebagai mustahil. Tetapi ia terbukti menerusi satu kajian genetik yang dilakukan oleh University of South Florida dan Universiti Rwanda dan diterbitkan dalam jurnal Epigenomics. Ia dibuat bagi mengkaji kesan pembμnuhan beramai-ramai Rwanda terhadap genetik populasi hari ini.

DNA ibarat kod yang sudah ditetapkan. Tetapi ekspresi sesebuah gen boleh saja diubah menerusi perubahan epigenetik atau perubahan genetik yang bukan diwarisi. Perubahan ini boleh dipengaruhi oleh gaya hidup, pengalaman individu dan pengaruh persekitarannya.

Dalam kes wanita mengandung yang trauma akibat pembμnuhan beramai-ramai di Rwanda pada 1994, saintis mendapati wujud perubahan pada DNA yang sebelum ini dikaitkan dengan keadaan mental tertentu seperti kemurungan dan PTSD. Perubahan sama turut dikesan pada anak-anak wanita ini semasa mereka masih dalam kandungan. Ini menunjukkan perubahan epigenetik telah diwariskan kepada mereka.

Peristiwa pembμnuhan beramai-ramai Rwanda 1994 berlaku semasa perang saudara berkecamuk di negara itu. Antara April hingga Julai tahun sama menyaksikan lebih sejuta orang dibμnuh dengan majoriti mangsa merupakan etnik Tutsi. Keganasan seksual juga berleluasa ketika itu dengan 150,000 hingga 250,000 orang wanita dirogol dalam tempoh sama.

Ini bukan kali pertama kajian sebegini dibuat. Pada 2018, sekumpulan pengkaji mengkaji DNA mangsa kebuluran rejim Jerman di Belanda pada hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua (WWII). Dapatan mereka mendapati perubahan epigenetik berlaku kepada anak-anak semasa mereka berada dalam kandungan. Ini mengakibatkan mereka yang lahir selepas tempoh tersebut mengalami pelbagai masalah kesihatan.

RUJUKAN

Hale, T. (2022, 18 Januari). Trauma Of Rwandan Genocide Passed Down In Survivor’s DNA. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply