Rahsia kepada sumber kekuatan tentera Empayar Mongol pada abad ke-13 adalah kuda yang kecil tetapi tahan lasak, tahan lama, dan tangkas. Kuda Mongolia memberi sumbangan yang tinggi dalam meningkatkan keupayaan mobiliti tentera Mongol.

Ditambah dengan kemahiran mengendali dan menunggang kuda semenjak kanak-kanak, orang Mongol boleh melakukan perjalanan yang jauh, selalunya meliputi 60 hingga 100 batu dalam sehari. Kerana kelebihan mobiliti yang tak pernah direkodkan mana-mana sejarah tamadun lain ini, tentera Mongol menjadi kuasa yang terunggul pada zamannya.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Tapi kali ini aku bukan nak menulis tentang sejarah tentera Mongol yang memanah sambil menunggang kuda, sebaliknya aku nak ceritakan tentang salah seekor keturunan kuda Mongol yang pernah hampir menak.luki dunia. Keturunan mereka ini berkhidmat untuk tentera Amerika Syarikat pada zaman moden.

Ada banyak kisah benar yang menarik tentang keturunan kuda-kuda itu, yang tersebar sejauh dari Laut Jepun ke Eropah Tengah kira-kira 800 tahun yang lalu, telah diceritakan selama bertahun-tahun di Amerika Syarikat.

Terdapat banyak kisah benar dan fiksyen tentang kisah kepahlawanan haiwan, haiwan membantu manusia dan menyelamatkan kanak-kanak. Tetapi ada satu kisah benar yang bukan sahaja kisah benar, tetapi kisahnya luar biasa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Sebagai tentera dengan pangkat rasmi, sudah tentulah Reckless juga boleh sertai perbarisan.

Memperkenalkan, Staf Sarjan Reckless, seekor kuda betina Mongolia, kuda pera.ng berhias yang ada pangkat rasmi dalam tentera Amerika Syarikat dan diangkat sebagai pahlawan nasional semasa zaman pera.ng.

Berasal dari baka kuda lumba, dia telah dibeli pada Oktober 1952 dengan harga $250 daripada seorang warga Korea yang menjaga kandang di trek lumba Seoul yang memerlukan wang untuk membeli kaki palsu untuk kakaknya.

Reckless telah dibeli oleh anggota Kor Marin Amerika Syarikat dan dilatih untuk menjadi kuda pengangkut bagi Recoilless Rifle Platoon, Anti-Tank Company, 5th Marine Regiment, dan 1st Marine Division.

Dia mungkin satu-satunya haiwan yang memegang pangkat secara rasmi dalam Tentera AS. Dalam sejarah Pera.ng Dunia Pertama dan Kedua, ada pelbagai haiwan yang diberi kedudukan terhormat tetapi mereka tidaklah dilantik secara rasmi oleh cabang tentera untuk kerajaan yang mereka berkhidmat.

Reckless pula dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan (gred gaji E-6 ke bawah) pada 31 Ogos 1959. Komandan Kor Marin, Jeneral Randolph McPate sendiri yang menyematkan lencana pangkat pada blanket Reckless.

Reckless semasa bertugas.

Reckless diberi penghormatan dengan 19 kali tembakan salut meriam dan perbarisan yang disertai oleh 1,700 askar Marin dari unit yang sezaman dengannya semasa pera.ng di Kem Pangkalan Kor Marin Pendleton.

Dalam salah satu pertem.puran semasa Pera.ng Korea, dalam masa satu hari sahaja dia telah melakukan 51 kali perjalanan berulang alik dari Titik Bekalan Amunisi ke tapak penembak, 95% daripada keseluruhan masa itu dia lakukan dengan sendiri.

Dia membawa 386 butir peluru seberat lebih 9,000 paun atau hampir lima tan dengan berjalan sejauh 35 batu melalui padang sawah terbuka dan mendaki gunung yang curam (yang tak boleh dilalui oleh kenderaan tentera) di bawah ancaman sera.ngan musuh.

Dan adakalanya dia turut akan membawa bersamanya askar yang terced.era menuruni gunung ke zon selamat. Setelah dia berjaya tiba ke lokasi, amunisi akan dimuatkan semula dan ditempatkan pada pelananya, dan dia akan pergi semula ke titik pertem.puran.

Dia juga membawa perisai untuk beberapa askar Marin yang terpera.ngkap ketika cuba untuk pergi ke barisan hadapan. Walaupun pernah terced.era sebanyak dua kali, Reckless tak pernah berhenti.

Lencana Tenteranya merangkumi dua Purple Hearts, Good Conduct Medal, Presidential Unit Citation Star, National Defense Service Medal, Korean Service Medal, United Nations Service Medal, Navy Unit Commendation, dan Republic of Korea Presidential Unit Citation.

Kesemuanya dipakainya dengan penuh megah pada blanket merah dan emasnya, bersama-sama dengan French Fourragere yang diperoleh 5th Marines.

Reckless dengan penjaga utamanya, Sarjan Joseph Latham.

Selepas pera.ng Reckless dijaga dengan baik dan dilayan sebagai VIP semasa berada di Camp Pendleton. Kor Marin juga tidak membenarkan dia dieksploitasi demi kepentingan komersial.

Reckless bersara daripada perkhidmatan aktif dengan penuh istiadat penghormatan ketenteraan dan hak pencen di Camp Pendleton pada 10 November 1960. Dia telah diberikan tempat tinggal dan makanan percuma sebagai ganti gaji persaraan.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Dia disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 pahlawan terkemuka sepanjang zaman Amerika, sebaris dengan Abraham Lincoln, George Washington, Thomas Jefferson, Martin Luther king dan Mother Teresa. Bahkan ada 5 judul buku tentang Sarjan Reckless setakat yang aku tahu:

  1. Reckless: America’s W.ar Horse by Robin Hutton
  2. Reckless: Pride of the Marines by Andrew Geer.
  3. Reckless: The Racehorse who Became a Marine Corps Hero by Tom Clavin.
  4. They called her Reckless.
  5. A True story of w.ar, love and one extraordinary Horse by Janet Barrett- Sgt Reckless the w.arhorse.
Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Leave A Reply