Siapa ingat Zombi Kampung Pisang?
Diorang jadi zombi sebab sisa radioaktif tertumpah ke dalam rendang Pak Munawir. Memang tak kasi chance brader.
Tapi tau tak dulu di Perak pun pernah ada kes pencemaran radioaktif ni?
Macam mana benda ni jadi?
Asian Rare Earth Sdn. Bhd (ARE) mula beroperasi pada tahun 1982 dan merupakan syarikat mengekstrak yttrium daripada bahan mineral monazite.
Yttrium ni sejenis nadir bumi dan monazite yang mengandungi bahan radioaktif lain antaranya thorium dan uranium.
Sebelum kilang ni dibuka, diorang dah dapat nasihat daripada Pusat Penyelidikan Tun Ismail dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Hasil perbincangan diputuskan bahawa sisa pemprosesan monazite ni nanti akan jadi hak milik dan tanggungjawab pihak kerajaan negeri Perak.
Sisa pemprosesan ni disimpan kerana kononnya berpotensi digunakan sebagai sumber tenaga nuklear.
Lepas kilang ni dibuka, macam-macam benda jadi. Penduduk situ mengeluh dengan asap dan bau busuk daripada kilang ARE.
Penduduk alami kesukaran bernafas dan pedih mata. Selama bertahun-tahun lamanya, keluhan diorang ni tak diendahkan.
Kesihatan diorang makin buruk, bukan setakat batuk dan demam yang kerap, tapi ada kejadian leukemia, kematian bayi, penyakit sejak lahir dan keracunan plumbum makin meningkat.
Lagi teruk bila penduduk setempat jumpa bukti yang kilang ARE ni bina parit khas yang mengalirkan pembuangan sisa radioaktif ke sebuah kawasan yang terletak dekat sangat dengan kampung diorang.
Pada 1984, penduduk Papan dan pekan berdekatan tandatangan satu surat bantahan rasmi kepada beberapa pihak antaranya Perdana Menteri, Menteri Kesihatan, Menteri Besar Perak dan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Tapi, respon-respon yang diterima amat mendukacitakan. Dr. Mahathir kata kerajaan dah ambil langkah untuk pastikan keselamatan dan pembinaan tapak pembuangan sisa radioaktif akan diteruskan.
Datuk Amar Stephen Yong (Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) cakap tapak pembuangan di Papan tu selamat sebab ia dibina bertepatan piawaian yang ketat.
Dia siap cabar pengkritik buktikan yang tapak pembuangan tu berbahaya.
Bertitik-tolak daripada ni, beberapa siri demonstrasi aman dilakukan oleh penduduk tempatan agar kerajaan masuk campur.
Tak cukup dengan demonstrasi, penduduk dari Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah bersama penduduk Papan tubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah.
Diorang dapatkan kerjasama daripada beberapa pihak untuk buat kajian terperinci.
Sahabat Alam Malaysia (SAM) dapati bacaan tahap radiasi di tapak tu 88 kali ganda lagi tinggi daripada had maksimum yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa Perlindungan Radiologi (ICRP).
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IAEA) pulak isytiharkan parit yang menyalurkan dan menyimpan sisa radioaktif tu tak selamat.
Dr William Cannell (ahli fizik dan penganalisis keselamatan British), Dr Jun Ui (Pakar sisa industri Jepun) dan Dr Edward Radford (bekas ahli Jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat mengenai Kesan Biologi Radiasi Pengionan) antara pakar yang dijemput buat analisis tapak tu.
Setelah beberapa kali kes ni turun naik beberapa kali di mahkamah, akhirnya ARE memberhentikan sepenuhnya operasi kilang diorang pada 1994.
Tapi apa yang berlaku sepanjang kilang tu wujud memang buat naya pada orang sekitar.
Dilaporkan pemprosesan bahan radioaktif di Bukit Merah ni dikaitkan dengan 8 kes leukemia dan 7 kes kematian.
Dalam masa 5 tahun dah berlaku kecacatan kelahiran dan beberapa kes leukemia dalam kalangan 11,000 penduduk. Menurut New York Times, 7 mangsa leukemia dah pun mati.
Ada kajian pada 1992 dibuat untuk uji tahap monocytopenia (penurunan darah putih) dalam kalangan kanak-kanak.
Kajian ni buat perbandingan antara kanak-kanak Bukit Merah dan kanak-kanak di Marshall Island tempat US buat ujian bom nuklear kat situ.
Hasil kajian tu tunjukkan lagi banyak kanak-kanak Bukit Merah yang kena berbanding di Marshall Island.
Tengok balik pada filem Zombi Kampung Pisang. Kalau kita ingat, tragedi zombi ni pada awalnya berpunca daripada tercemarnya bahan radioaktif di kampung tersebut.
Ini sebenarnya angkara MK Tuan Punya Ekspo, S.Atan dan MA Sopi yang berkomplot membuang sisa radioaktif merbahaya di kawasan kampung.
Nak jadi cerita, bahan buangan radioaktif tu tumpah dalam kawah rendang Pak Munawer.
Satu kampung makan rendang Pak Munawer. Habis semua satu kampung jadi zombi.
Filem ni sememangnya memerli soal pengurusan sisa dan bahan buangan industri dan diinspirasikan daripada tragedi di Bukit Merah ni.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu lagi banyak tentang perkaitan manusia dan budayanya seperti Mutanisasi Manusia? Dapatkan Genesis II: Sapien & Neo Manusia hari ini!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply