Besut. Daerah yang jauh di hujung negeri Terengganu bersempadan dengan Pasir Puteh. Bila bercakap dengan orang-orang sana, mesti bunyi diorang lebih kearah dialek Kelantan berbanding Terengganu.
Kalau kita dengar cerita-cerita yang disampaikan secara lisan dari orang-orang tua, mesti kita dengar yang Besut ni asalnya Kelantan punya.
Tapi disebabkan Sultan Kelantan kalah sabung ayam dengan Sultan Terengganu, maka Besut tu digadaikan kepada Terengganu.
Tapi memang betul ke cerita ni berlaku?
Sebenarnya, tak.
Ramai dah salah faham dengan sejarah Besut disebabkan cerita lisan ni. Rekod yang disimpan kerajaan Kelantan tak sebut pula pasal Besut ni.
Cerita Besut ni ada dicatat dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan karangan Abdullah Munsyi dan Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji.
Awalnya sekumpulan pedagang dari Patani yang diketuai oleh Chik Wan Abdul Latif (Cik Latif) datang ke Besut.
Cik Latif dipercayai berasal dari Sumatera dan dah biasa berdagang di Patani, beliau berjaya pujuk Orang Darat untuk pindah ke kawasan Hulu Besut dengan habuan segantang mata kail.
Kemudian beliau dan orang-orangnya bina sebuah penempatan di tebing Sungai Besut dan diberi nama Palembang dan menjadi pusat pentadbiran yang pertama untuk Besut sebelum berpindah ke Kampung Raja.
Setelah kematian Cik Latif, anaknya Cik Namat jadi Ketua orang-orang di Kampung Palembang.
Lanun-lanun yang berkubu di pulau sekitar Besut serang Besut dan pentadbiran Cik Namat tak mampu lawan. Cik Namat minta bantuan dari Sultan Terengganu, Sultan Mansur I.
Sultan hantar Tengku Kadir ketuai angkatan Terengganu banteras lanun, lanun-lanun berundur ke Pulau Perhentian.
Mengenang jasa Tengku Kadir, ayahandanya beri kuasa untuk memerintah dan jadi Raja Besut.
Cik Namat dilantik sebagai Orang Besar Besut serta mendapat hak keatas Pulau Rhu.
Tengku Kadir mentadbir Besut dengan baik. Beliau bina benteng dan kubu di sepanjang Sungai Besut dan penempatan baru dan dikenali sebagai Kampung Raja yang jadi pusat pentadbiran baharu Besut.
Setelah beliau mangkat, anakandanya, Tengku Ali naik sebagai Raja Besut.
Ketika pemerintahan beliaulah tercetusnya konflik antara Besut dan Terengganu yang dicatat dalam rekod Sejarah Terengganu sebagai Peperangan Besut.
Perang yang tercetus pada 22 November 1875 berpunca daripada perasaan tak puas hati Tengku Ali kepada dasar pemerintahan Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah secara langsung.
Perkara ni jelas mencabar kekuasaan Tengku Ali ke atas Besut, sedangkan beliau dah memerintah Besut selama 15 tahun tanpa campur tangan Kerajaan Negeri.
Tengku Ali pun secara rahsia dapatkan bantuan daripada Kelantan untuk jatuhkan Sultan Omar di Kuala Terengganu.
Sewaktu istiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang diPertuan Muda Terengganu. Tengku Ali tak datang dan ini diragui oleh Sultan Omar.
Sultan Omar hantar rombongan ke Besut untuk dapatkan penjelasan dari Tengku Ali.
Rombongan ni dapat tahu Tengku Ali tengah kumpulkan pasukan bersenjata dari Kelantan untuk menentang Sultan Omar.
Kerajaan Terengganu hantar surat bantahan kepada pemerintah Siam di Singgora dan juga amaran kepada Sultan Muhammad II supaya tak campur hal ehwal di Terengganu, khususnya di Besut.
Sultan Omar hantar Mufti Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amin ke Kelantan untuk sampaikan hasrat baginda yang tak berhasrat nak ubah sempadan antara Kelantan-Terengganu.
Sebelum ni Kelantan dan Terengganu dah berperang panjang dan Kesultanan Kelantan pun tak berhasrat nak berperang lagi.
Kerajaan Terenganu hantar 8000 askar ikut darat dan laut diketuai oleh Panglima Besar Orang Kaya Megat Seri Mahkota Raja (Wan Abdul Rahman bin Idris) dan bedil Besut dari Laut.
Apabila dah darat di Besut, Tengku Ali larikan diri ke Kelantan dan mangkat di sana pada 9 Disember 1875.
Pemerintahan Besut diwakilkan kepada Tengku Ngah dan kemudiannya diteruskan oleh Tengku Chik Haji anak kepada Tengku Kadir, setelah itu Besut berada dalam keadaan aman dan damai.
Anak Tengku Chik Haji yang memerintah Besut kemudiannya iaitu Tengku Ngah II takde waris, Besut pun tak ada raja untuk mentadbir.
Terengganu kemudiannya ambil alih Besut dan jadi sebahagian dari negeri tersebut.
Bila sabung ayam tu jadi?
Sabung ayam tu berlaku pada zaman Tengku Ali.
Putera Sultan Terengganu masa tu kalah lawan sabung ayam dengan seorang Bugis. Bugis ingat Besut tu milik Terengganu, diorang tak tahu Besut tu merdeka dan cuma negeri naungan sahaja.
Last-last, Long Yunus dan Long Ja’afar dari Kelantan yang kalahkan orang Bugis tu dalam sabung ayam.
Oleh: Azizul Farhan
___
Mana datang nama Setiu? Nak tahu jawapannya? Ada di dalam KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Boleh dapatkan di https://shope.ee/6zuOAQYyBR

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply