Kalau korang ada TikTok, mesti FYP korang dok ulang-ulang “Tob Tobi Tob!”. Jangan risau, ni bukan ayat Al-Quran tau.
 
Tapi… apa sebenarnya “Tob Tobi Tob” ni? Syair? Gurauan? Atau sekadar satu lagi trend TikTok yang akan hilang begitu saja?
 
[Legenda Di Sebalik Syair “Tob Tobi Tob”]
 
Rupanya, “Tob Tobi Tob” bukan calang-calang puisi. Ia berasal dari sebuah syair klasik Arab bertajuk Saud Safir al-Bulbul (صوت صفير البلبل) atau dalam bahasa kita, “Suara Burung Bulbul”.
 
Syair ni dikarang lebih 1000 tahun lepas! Ya, bukan setahun dua lepas, tapi lebih dari satu milenium!
 
Ceritanya bermula pada zaman Khalifah Abu Ja’far al-Mansur, pemerintah dinasti Abbasiyah yang terkenal dengan otak geliga dan ingatan luar biasa.
 
Diceritakan, setiap kali ada penyair datang baca syair, dia boleh hafal bulat-bulat serta-merta!
 
Kalau itu tak cukup hebat, khalifah ni juga ada dua orang budak suruhan. Satu boleh hafal lepas dengar dua kali, satu lagi lepas tiga kali.
 
Maknanya? Mana-mana penyair yang datang, confirm kena game!
 
“Aku dah pernah dengar syair ni,” kata khalifah setiap kali ada orang cuba baca syair baru. Lepas tu dia ulang balik syair tu tanpa satu kesalahan pun!
 
Kalau ada yang tak percaya, dia panggil budak-budak suruhannya yang turut boleh ulang dengan lancar. Maka, penyair pun balik dengan hati remuk.
 
[Al-Asma’i – Sang Penyair Cerdik Yang ‘Kencing’ Khalifah]
 
Namun, langit tak selalunya cerah untuk sang khalifah. Satu hari, seorang penyair genius bernama Al-Asma’i muncul dengan satu syair yang luar biasa.
 
Dia tahu kalau buat syair biasa, confirm kena game. Jadi dia reka syair yang penuh dengan permainan bunyi, kata-kata berulang, dan lidah berbelit!
 
Kalau korang rasa “Tob Tobi Tob” susah nak hafal, bayangkan satu syair penuh macam tu!
 
Maka, Al-Asma’i pun baca syairnya:
 
> صَوْتُ صَفيرِ البُلْبُلِ هَيَّجَ قَلْبِيَ الثَمِلِ
(Suara burung bulbul, menggoncang hati yang mabuk)
 
وَالعُودُ دَنْدَنَ دَنَ لِي وَالطَّبْلُ طَبْطَبَ لِي
(Bunyi seruling berdendang-dendang, tabuh bergegar-gegar!)
 
طَب طَبِ طَب طَبِ طَب طَب طَبَ لِي
(Tob! Tob! Tob Tob Tob!)
 
Syair ni sengaja dibuat untuk susah dihafal. Penuh dengan perkataan berulang, bunyi pelik dan rentak yang mencabar otak!
 
Bila Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dengar, dia ternganga! Otaknya yang sebelum ni boleh hafal apa saja tak mampu ulang balik syair ni!
 
Lalu, dia panggil budak-budaknya untuk bantu. Tapi… dua-dua pun angkat tangan. Mereka pun tak boleh hafal! Kali pertama dalam sejarah khalifah kena scam dengan penyair!
 
Dan kerana perjanjiannya, Khalifah terpaksa bagi hadiah emas kepada Al-Asma’i. Tapi Al-Asma’i dengan liciknya tulis syair tu atas batu marmar dan mintak emas seberat batu tersebut! Khalifah pun tak boleh nak buat apa, dia terpaksa bayar.
 
Lepas kejadian ni, khalifah berhenti dari buat pertandingan hafal syair.
 
[Lagu Yang Membawa Syair Ini Kembali Viral]
 
Syair klasik ni mungkin dah lama wujud, tapi ia kembali mencuri perhatian dunia moden bila dinyanyikan semula dalam bentuk lagu.
 
Lagu yang menjadi background sound dalam video TikTok tu sebenarnya datang dari versi nyanyian oleh Ahmed El Qatane pada tahun 2012.
 
Lagu bertajuk “Sawt Safiri el Bolboli (Qissa)” ini mengambil lirik penuh daripada syair asal Al-Asma’i dan dinyanyikan dengan gaya yang lebih berirama.
 
Gabungan muzik yang menarik dengan lirik yang berulang-ulang membuatkan lagu ni mudah melekat di kepala dan akhirnya jadi trend viral.
 
[Bentuk Penuh Syair “Suara Burung Bulbul”]
 
Bagi yang nak cuba cabar diri, ni versi penuh syair Saud Safir al-Bulbul yang bikin Khalifah pening kepala:
 
صوت صفير البلبل
 
> صَوْتُ صَفيرِ البُلْبُلِ هَيَّجَ قَلْبِيَ الثَمِلِ
المَاءُ وَالزَّهْرُ مَعَاً مَعَ زَهرِ لَحْظِ المُقَلِ
وَالعُودُ دَنْدَنَ دَنَ لِي وَالطَّبْلُ طَبْطَبَ لِي
 
طَب طَبِ طَب طَبِ طَب طَب طَبَ لِي
وَالسَّقْفُ قَدْ سَقْسَقَ لِي وَالرَّقْصُ قَدْ طَبْطَبَ لِي
شَوَى شَوَى وَشَاهِشُ عَلَى وَرَقْ سَفَرجَلِ
وَغَرَّدَ القَمْرُ يَصِيحُ مِنْ مَلَلٍ فِي مَلَلِ
فَلَوْ تَرَانِي رَاكِباً عَلَى حِمَارٍ أَهْزَلِ
يَمْشِي عَلَى ثَلاثَةٍ كَمَشْيَةِ العَرَنْجِلِ
وَالنَّاسُ تَرْجِمْ جَمَلِي فِي السُّوقِ بالقُلْقُلَلِ
وَالكُلُّ كَعْكَعْ كَعِكَعْ خَلْفِي وَمِنْ حُوَيْلَلِي
لكِنْ مَشَيتُ هَارِباً مِنْ خَشْيَةِ العَقَنْقِلِي
 
[Kenapa “Tob Tobi Tob” Viral?]
 
Satu lagi sebab kenapa “Tob Tobi Tob” meletup di TikTok adalah kerana… seekor kucing!
 
Kucing ni berasal dari akaun @mrmariomentadomalaysia dan namanya Mario. Dalam videonya, Mario sering dipakaikan baju Melayu macam siap nak pergi solat Tarawih.
 
Apa yang buat video ni kelakar? Ada orang letak lagu “Tob Tobi Tob” yang dimainkan di latar belakang!
 
Netizen pun terus ambil peluang buat pelbagai meme kreatif berkenaan kucing ni, terutamanya sepanjang bulan Ramadan.
 
Ada yang edit letak Mario dalam video lawak Ramadan, ada yang buat parodi kucing berzikir, malah ada yang samakan Mario dengan imam masjid!
 
[Dari Istana Khalifah Ke TikTok!]
 
Siapa sangka syair yang dicipta untuk menipu seorang khalifah lebih 1000 tahun lalu, hari ini jadi viral di TikTok?
 
“Tob Tobi Tob” bukan sekadar bunyi pelik, tapi sebahagian dari sejarah puisi Arab yang penuh kecerdikan.
 
Jadi, lain kali kalau ada orang buat cabaran hafal syair ni, hang boleh senyum dan kata,
“Aku tahu asal-usulnya. Ni bukan sekadar trend, ni sejarah!”
 
___
 
Kalau anda berminat nak baca tentang cerita-cerita hebat berkenaan pencapaian saintifik umat Islam pada zaman dulu, dapatkan sekarang buku tulisan Helmi Effendy, ZAMAN KEEMASAN TAMADUN ISLAM.
 
Boleh beli di:
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
https://s.shopee.com.my/5AdzmaOLMV
 
Terima kasih!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.