Kalau kita nak tahu ukur lilit bumi zaman sekarang, senang je boleh Google. Lagi canggih, kita boleh guna satelit, GIS atau teknologi pemetaan moden.
Tapi bayangkan, 1000 tahun lepas, seorang saintis Islam bernama Al-Biruni berjaya mengira ukur lilit bumi dengan ketepatan hampir 99% tanpa satelit, tanpa Google Earth, tanpa kapal angkasa.
Macam mana dia buat?
[Ilmuwan Yang Kepala Otak Luar Biasa]
Al-Biruni ni bukan calang-calang orang. Dia bukan setakat ahli matematik, tapi juga pakar astronomi, geografi, fizik, falsafah, sejarah. Pendek kata, semua benda dia tahu.
Kalau hari ni dia hidup, confirm jadi professor paling power kat universiti mana-mana. Ilmuwan Barat pun respect gila dengan dia, sampai gelar dia “Genius Sejagat dari Asia Tengah”.
Masa Eropah tengah bergelumang dalam Zaman Kegelapan, dunia Islam pulak tengah rancak dalam era kegemilangan ilmu. Khalifah masa tu, Al-Makmun, memang jenis obses dengan sains dan penyelidikan.
Dia ni sampai hantar saintis ke serata tempat semata-mata nak cari ilmu. Salah satunya, dia nak tahu betul ke bumi ni ukur lilit dia dalam lingkungan 40,000 km macam yang orang Greek dulu kira.
[Sebelum Al-Biruni, Dah Ada Orang Cuba Kira Ukur Lilit Bumi]
Sebenarnya, sebelum Al-Biruni, ada sorang saintis Greek bernama Eratosthenes yang pernah cuba kira ukur lilit bumi. Cara dia?
Simple tapi leceh, dia bandingkan panjang bayang-bayang di dua tempat yang jauh dan ukur perbezaan sudut matahari. Lepas tu, dia suruh orang berjalan kaki kira jarak antara dua tempat tu.
Masalah dia? Jarak yang dikira mungkin salah sebab orang yang jalan tu bukan jalan lurus.
Kena elak sungai, ikut bukit, jalan berliku. Benda ni semua boleh bagi margin of error yang besar.
Tapi percaya tak, walaupun ada kelemahan, dia dapat nilai lebih kurang 40,000 km. Memang power jugak la.
[Khalifah Al-Makmun Pun Nak Kira Sendiri]
Khalifah Al-Makmun ni jenis tak puas hati kalau tak sahkan sendiri benda. Dia pun hantar pasukan saintis ke padang pasir sebab padang pasir ni lebih rata, kurang bukit-bukau.
Kaedah yang diorang guna lebih kurang sama dengan Eratosthenes, cuma kali ni diorang kira jarak yang perlu diambil untuk mencapai 1 darjah sudut lengkungan bumi.
Masalah dia? Kena merentas padang pasir yang panas membakar! MashaAllah, seksa betul saintis zaman dulu.
Tapi hasil kiraan mereka tetap mengagumkan sekitar 39,400 km, memang hampir dengan ukuran sebenar!
[Al-Biruni: “Aku Ada Cara Lagi Senang”]
Al-Biruni tengok cara saintis sebelum dia buat kiraan ni, dia mungkin geleng kepala sambil cakap, “Buat apa susah-susah jalan beratus kilometer? Aku boleh kira dari tempat aku berdiri je.”
Jadi dia buat benda paling genius.
1. Dia cari gunung yang tinggi—Gunung Nandana di Pakistan.
2. Dia ukur sudut ufuk lautan dari puncak gunung guna astrolab—alat yang boleh ukur sudut dengan tepat.
3. Dia kira ketinggian gunung guna trigonometri.
4. Lepas dapat ketinggian gunung, dia guna formula bulatan untuk kira jejari bumi.
5. Dari jejari bumi, dia kira ukur lilit bumi guna formula:
Ukur lilit = 2πr
[Keputusan Yang Mind-Blowing]
Lepas semua kira-kira ni, Al-Biruni dapat satu nilai: 39,835 km.
Nilai moden yang kita guna hari ni? 40,075 km.
Bezanya kurang dari 1%.
Dengan hanya menggunakan gunung, astrolab dan ilmu trigonometri, dia berjaya kira dengan ketepatan yang lebih baik daripada saintis Greek sebelum dia.
[Al-Biruni Sebenarnya Nak Menganjing Khalifah?]
Okay, ni yang lagi best. Sebenarnya, antara sebab Al-Biruni buat kiraan ni adalah sebab dia nak membahan Khalifah Al-Makmun.
Kisah dia macam ni. Al-Makmun dulu hantar saintis untuk jalan kaki kira jarak antara dua tempat sebab nak sahkan ukuran bumi.
Dah la panas, kena jalan jauh pulak tu. Al-Biruni tengok benda ni, dia macam, “Buat kerja susah-susah tu buat apa?”.
Lepas dia berjaya kira dengan cara lebih senang, dia pun tulis dalam komentari dia, lebih kurang bunyinya macam ni:
“Jadi inilah pengiraan yang lagi senang, takde lah korang nak kena rentas padang pasir panas tu macam dah takde kerja lain nak buat.”
Maknanya dia memang perli kaw-kaw ekspedisi Al-Makmun yang susah payah tu. Dia basically cakap, “Benda ni senang je nak kira, tak payah susah-susah jalan jauh-jauh macam orang bodoh.”
Yang kelakarnya, relaks je Al-Biruni menganjing khalifah dia, takde pun kena pancung atau kena buang daerah. Mungkin dari Al-Biruni la ahli politik kita belajar untuk membahan orang. Cuma tu la, otak tak sama cerdik macam dia.
[Kenapa Kaedah Al-Biruni Lagi Power?]
Kaedah yang dia guna ni lagi praktikal, lagi tepat dan lebih mudah dari kaedah Yunani dulu.
1. Tak payah jalan jauh—tak perlu merentas padang pasir yang membakar tu.
2. Kurang margin of error—sebab semua pengiraan berdasarkan sudut yang boleh diukur dengan lebih tepat.
3. Boleh dibuat di mana-mana—asalkan ada gunung tinggi dan lautan luas, kaedah ni boleh digunakan.
Yang paling mind-blowing? Nak guna kaedah Al-Biruni, kena anggap bumi ini sfera.
Jadi bila ada orang zaman sekarang yang percaya bumi ni rata, Al-Biruni mesti tengah geleng kepala dalam kubur sambil cakap, “Bro, aku dah kira 1000 tahun lepas la!”
___
Kalau Al-Biruni ni pun dah cukup power, korang kena tahu ada ramai lagi saintis Islam dalam Era Kegemilangan Tamadum Islam!
Pra-Tempah segera buku SAINTIS-SAINTIS AGUNG ISLAM dan anda berpeluang mendapat poskad Saintis Agung Islam, Tandatangan penulis dan Sampul Raya Eksklusif The Patriots!
Dapatkan segera di Shopee The Patriots:
https://s.shopee.com.my/3q8cCA1SOe
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.