Bayangkan satu perpustakaan penuh dengan ilmu dari zaman Rom purba tapi semuanya dah hangus jadi arang akibat letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 Masihi. Skrol-skrol ini terlalu rapuh untuk disentuh dan selama lebih 1,000 tahun, tak ada siapa yang boleh baca apa yang tertulis di dalamnya.
 
Tapi sekarang, dengan bantuan AI, misteri ini mula terbongkar. Dan lebih menarik, tiga individu yang tak disangka-sangka berjaya menjadi orang pertama dalam sejarah moden yang membaca teks dari skrol Herculaneum yang terkubur sejak dua milenium lalu!
 
[Skrol Purba Yang Tak Boleh Dibuka]
 
Pada abad ke-18, semasa kerja-kerja penggalian dilakukan di Herculaneum (salah satu bandar yang musnah akibat letusan Vesuvius), para pekerja terjumpa lebih 1,100 skrol yang terbakar.
 
Skrol-skrol ini dipercayai berasal dari vila seorang bangsawan Rom, mungkin bapa mertua Julius Caesar sendiri!
 
Masalahnya? Skrol ni terlalu rapuh untuk dibuka. Kalau cuba dibuka secara fizikal, ia akan hancur berkecai.
 
Sejak ratusan tahun lalu, saintis hanya boleh meneka apa isi kandungan skrol tersebut sama ada ia mengandungi pemikiran ahli falsafah besar, catatan sejarah penting atau mungkin juga karya sastera yang hilang.
 
Jadi, macam mana nak baca sesuatu yang tak boleh disentuh?
 
Jawapannya: AI dan x-ray berkuasa tinggi!
 
[AI ‘Membuka’ Skrol Yang Tak Dapat Dibuka]
 
Pada tahun 2023, Vesuvius Challenge dilancarkan dengan misi untuk menggunakan AI bagi membaca skrol purba tanpa menyentuhnya.
 
Hadiah utama? $700,000 (lebih RM3 juta!) kepada sesiapa yang berjaya membaca empat petikan teks sepanjang sekurang-kurangnya 140 aksara.
 
Para penyelidik menggunakan teknik yang dipanggil Virtual Wrapping, iaitu satu kaedah mengimbas skrol secara 3D menggunakan sinar-X dan mencari kesan dakwat karbon yang tersorok dalam helaian papirus.
 
Dan selepas bertahun-tahun mencuba, akhirnya… AI berjaya!
 
[Tiga Pemenang Besar: Budak Universiti, Pelajar PhD & Pakar Robotik!]
 
Pemenang hadiah utama Vesuvius Challenge ni bukan ahli arkeologi terkenal atau profesor sejarah, tapi tiga individu yang datang dari latar belakang yang berbeza:
 
1. Luke Farritor (21 tahun, pelajar sains komputer, SpaceX intern)
 
Pelajar dari Universiti Nebraska ni jadi orang pertama dalam sejarah moden yang berjaya membaca satu perkataan dari skrol Herculaneum. Dia berjaya kesan perkataan Yunani “πορφυρας” (porphyras) yang bermaksud “ungu”. Mungkin merujuk kepada pewarna ungu yang sangat berharga pada zaman Rom.
 
2. Youssef Nader (Pelajar PhD Mesir, Berlin)
 
Youssef berjaya melangkah lebih jauh dengan menggunakan teknik AI yang lebih canggih untuk membaca beberapa petikan teks tambahan. Dia sebelum ni pernah menang First Letters Prize dengan hasil kerja yang lebih jelas dan mudah dibaca berbanding pesaing lain.
 
3. Julian Schilliger (Pelajar robotik dari ETH Zürich, Switzerland)
 
Julian pula pakar dalam segmentation tooling, iaitu proses memetakan lapisan papirus dalam skrol yang dah jadi karbon. Dengan alat yang dia bangunkan, pasukan ni berjaya mencipta gambaran lebih jelas tentang bagaimana tulisan-tulisan ni terletak dalam skrol yang masih tergulung.
 
[Apa Yang AI Dah Baca Setakat Ni?]
 
Hasil bacaan AI menunjukkan skrol ni mengandungi teks falsafah Epicurean, satu aliran pemikiran yang percaya bahawa nikmat hidup adalah kebaikan tertinggi.
 
Antara ayat yang berjaya diterjemahkan:
 
“Sebagaimana dalam makanan, kita tidak semestinya menganggap sesuatu yang sukar didapati lebih lazat daripada sesuatu yang banyak.”
 
Nampaknya, orang Rom pun dah berdebat tentang sama ada makanan yang rare lebih sedap atau tidak!
 
Selain itu, ada kemungkinan skrol ini ditulis oleh Philodemus, seorang ahli falsafah terkenal yang hidup pada abad pertama SM.
 
Tapi ini baru 5% daripada satu skrol. Ada beratus lagi skrol yang masih belum diterjemah, dan mungkin ada karya-karya yang hilang dari Aristotle, Homer atau Livy yang tersembunyi dalam lumpur gunung berapi ni!
 
[Hadiah Masih Ada, Nak Cuba?]
 
Walaupun hadiah utama dah dimenangi, Vesuvius Challenge masih diteruskan! Hadiah lumayan masih ditawarkan kepada sesiapa yang dapat membaca lebih banyak teks daripada skrol Herculaneum ni.
 
Buat masa ni, cabaran utama ialah mengautomasi proses AI untuk mengesan tulisan dengan lebih cepat dan tepat.
 
Kalau korang ada kepakaran dalam pembelajaran mesin (machine learning) atau AI, mungkin korang boleh jadi orang yang seterusnya berjaya membaca lebih banyak teks purba ni!
 
[Apa Lagi Rahsia Yang Boleh Terbongkar?]
 
Masa depan AI dalam dunia arkeologi nampak semakin cerah. Kalau teknik ni berjaya, lita boleh gunakan AI untuk baca manuskrip lama yang rosak tanpa menyentuhnya.
 
Mungkin ada perpustakaan purba yang lebih besar masih tertimbus di bawah Herculaneum yang menunggu untuk ditemui. Kita mungkin akan menjumpai karya-karya sastera dan falsafah yang ‘hilang’ dalam sejarah.
 
Bayangkan kalau kita jumpa skrip asli dialog Aristotle yang hilang atau mungkin manuskrip Homer yang tak pernah diterbitkan?
 
Dengan AI, sejarah mungkin akan ditulis semula!
 
Buat masa ni, dunia masih menunggu untuk membaca lebih banyak dari skrol Herculaneum ni. Dan siapa tahu? Mungkin jawapan kepada banyak persoalan tentang dunia kuno ada di dalamnya.
 
Sejarah masih hidup dan kita baru saja mula membacanya semula.
 
___
 
Makin lama teknologi AI ini semakin menakutkan. Nak tahu perkembangan teknologi ini masa kini? Terokai dunia AI ini dalam Buku AI UNTUK PEMULA terbitan The Patriots.
 
Dapatkan segera di Shopee The Patriots:
https://s.shopee.com.my/9f6XmlUdo9

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.