Thailand sekali lagi jadi tumpuan dunia. Thaksin Shinawatra, bekas Perdana Menteri yang pernah digelar “raja populis” Thailand kini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Agung negara itu.

Dan yang lebih mengejutkan, anak perempuannya sendiri, Paetongtarn Shinawatra, baru je sebulan lepas dipecat dari jawatan Perdana Menteri.

Dua kejutan besar dalam masa tak sampai sebulan. Tapi inilah realiti politik Thailand sekarang.

Kalau ikut ceritanya, semua bermula bila Thaksin balik ke Thailand pada 2023 selepas 15 tahun lari ke luar negara. Dia balik dengan hukuman penjara lapan tahun sedia menunggu atas kes rasuah dan salah guna kuasa.

Tapi peliknya, dia cuma masuk penjara tak sampai 24 jam sebelum dipindahkan ke hospital VIP atas alasan masalah jantung dan sakit dada. Dia duduk hospital tu sampai enam bulan, siap dapat layanan macam orang kenamaan.

Masa tu, parti Thaksin, Pheu Thai baru je ambil alih kerajaan lepas pilihan raya. Jadi ramailah orang curiga ada bau “deal politik” dengan geng tentera dan elit lama yang dulu pernah jatuhkan dia.

Tapi drama ni tak bertahan lama. Mahkamah Agung buat keputusan baru-baru ni, kata tempoh Thaksin duduk hospital tu tak dikira sebagai menjalani hukuman penjara. Mereka anggap sakitnya bukan kes kecemasan dan keputusan pindahkan dia ke hospital dulu tu salah.

Jadi, Thaksin kena balik masuk penjara setahun. Dia pun akur dengan keputusan tu walaupun dalam kenyataan Facebook dia sempat tulis, “Saya mungkin hilang kebebasan, tapi saya masih ada kebebasan untuk berfikir demi kebaikan negara dan rakyat.”

Kalau ingat drama Thaksin cukup besar, kisah anaknya Paetongtarn lagi pedih. Baru beberapa bulan lepas, dia dilantik jadi Perdana Menteri paling muda Thailand.

Tapi bulan Ogos lepas, Mahkamah Perlembagaan jatuhkan hukuman pecat sebab satu panggilan telefon dengan bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen masa krisis sempadan.

Dalam perbualan yang bocor tu, dia panggil Hun Sen “uncle” dan siap kritik pegawai tentera Thailand sendiri. Mahkamah kata tindakan tu melanggar etika serius dan merosakkan imej negara.

Akhirnya, karier politik Paetongtarn jatuh sekelip mata. Dia jadi pemimpin keenam dalam keluarga atau parti pro-Shinawatra yang dijatuhkan sejak 2006 sama ada melalui mahkamah atau rampasan kuasa tentera.

Sekarang, tampuk kuasa Thailand diambil alih oleh Anutin Charnvirakul, bekas Menteri Kesihatan yang terkenal sebab projek legalisasi ganja pada 2022. Dia dilantik jadi Perdana Menteri baru dengan sokongan penuh senat dan institusi diraja.

Anutin janji nak stabilkan negara dan umumkan pilihan raya baru dalam empat bulan. Tapi rakyat dah mula hilang sabar. Dalam satu kajian, hampir 60% rakyat Thailand kata mereka nak parlimen dibubar segera.

Mereka penat dengan krisis politik yang berulang-ulang. Nanti pilihan raya diadakan, rakyat pilih pemimpin, tapi akhirnya pemimpin tu ditumbangkan oleh mahkamah atau tentera. Putaran yang sama, sejak dua dekad lepas.

Apa yang akan jadi pada dinasti Shinawatra lepas ni? Secara realistik, kuasa politik mereka makin lemah. Thaksin makin berusia, Paetongtarn pula baru naik terus jatuh dan Pheu Thai sekarang berada di kerusi pembangkang.

Nak bangkit semula bukan mustahil, tapi jalan dia memang susah. Selagi sistem politik Thailand masih dikuasai oleh elit konservatif, tentera dan institusi yang rapat dengan istana, selagi tu keluarga Shinawatra akan terus dihimpit.

Rakyat boleh pilih, tapi keputusan akhir tetap ada pada mereka yang duduk di belakang tabir.

Politik Thailand sekarang skripnya sama saja. Siapa yang cuba ubah status quo, lambat-laun akan jatuh. Dinasti Shinawatra pernah menguasai pilihan raya, tapi kini mereka tersepit antara harapan rakyat dan kuasa elit.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.