Setiap tamadun mesti ada sistem ketenteraan sendiri tapi yang menariknya mesti ada pasukan tentera elit sendiri, sebagai pasukan yang menjalankan misi khas seperti menjaga keselamatan pemerintah.

Kaum-kaum di benua Amerika juga mempunyai sistem ketenteraan mereka, terutamanya kaum Mesoamerika seperti Aztek, Maya, dan Inca. Namun sistem ketenteraan kaum Aztek ada keunikkan sendiri berbanding kaum lain.

Kaum Aztek ialah orang asal yang menduduki Amerika Tengah, terutamanya Mexico sekarang. Bermula tahun 1428, mereka membina empayar paling berkuasa dan berpengaruh setelah wujudnya gabungan tiga kota: Tenochtitlan, Tetzcoco, dan Tlacopan.

Untuk membina sebuah empayar yang kuat, mesti ada sistem ketenteraan yang kukuh sebagai benteng paling hadapan untuk menjarah kota-kota dan memelihara keselamatan empayar.

Dalam sistem ketenteraan Aztek, ada pangkat lebih atas dari pangkat tentera infantri (pejalan kaki) iaitu pahlawan helang (cuauhtli) dan pahlawan harimau kumbang (ocelotl).

Yang membezakan pahlawan ini dengan tentera infantri Aztek lain ialah mereka memakai bulu helang dan kulit harimau kumbang. Kepala pahlawan ini dipakaikan helmet kepala harimau kumbang dan kepala helang.

Setiap warga lelaki Aztek dikehendaki menjalani latihan ketenteraan asas sebelum menjawat jawatan tentera. Tentera yang mahu dapatkan pangkat pahlawan helang atau harimau kumbang mestilah menunjukkan bakat luar biasa di hadapan para pendeta dan golongan diraja.

Di medan tempur juga setiap anggota tentera Aztek boleh mendapat pangkat pahlawan elit dengan membuktikan keupayaan bertempur. Keupayaan yang dimaksudkan itu ialah menangkap sejumlah tawanan perang.

Setiap tentera mesti membawa tawanan perang sekurang-kurangnya empat orang untuk dinaikkan pangkat sebagai pahlawan helang atau pahlawan harimau kumbang. Ada rekod yang menyatakan tentera mesti dapatkan tawanan perang seramai 12 atau 20 orang.

Untuk dapatkan tawanan perang hidup-hidup, setiap tentera diberikan senjata yang mampu lumpuhkan musuh. Antara senjata yang mereka gunakan ialah busur dan panah, lembing, atlat (tombak melempar batu dan lembing), pisau, dan senjata istimewa berupa pedang kayu, iaitu machahuitl.

Tambahan pula, pasukan pahlawan helang dan pahlawan harimau kumbang mendapat kebebasan dan layanan istimewa selain dihormati oleh pasukan tentera lain. Antara kebebasan itu ialah memakai perhiasan cantik di khalayak ramai, memiliki gundik, dan memakai pakaian diperbuat dari kapas dan sandal yang ketika itu hanya golongan atasan saja layak memakainya.

Pahlawan elit juga dikurniakan sebidang tanah untuk bercucuk tanam. Mereka boleh mendapat hasil tanaman sendiri tanpa membayar sebarang cukai kepada kerajaan. Tambahan lagi, tanah tersebut boleh diwarisi kepada anak cucu.

Beginilah kisah hidup pahlawan helang dan pahlawan harimau kumbang yang disanjung tinggi semasa Empayar Aztek masih berpengaruh, sehinggalah ketibaan penjajah Sepanyol yang tenteranya lebih kuat dengan teknologi senjata api, berakhir dengan tragedi keruntuhan empayar orang asal Mexico!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.