Sebut saja graviti, nama cendekiawan Inggeris terkenal, Sir Isaac Newton terpacul dalam kepala. Ini kerana namanya sering dikaitkan dengan penemuan daya graviti. Tidak ramai tahu idea ini sebenarnya telah diteroka oleh cendekiawan Islam lebih 700 tahun lalu.
Cendekiawan Islam yang dimaksudkan ialah al-Biruni. Lahir di Khwarezm (kini wilayah moden Uzbekistan) pada 973 Masihi, beliau cukup dikenali sebagai ilmuan dalam banyak bidang. Hal ini turut dibantu di mana salah seorang guru al-Biruni ialah cendekiawan Parsi terkemuka, Abu Nasr Mansur.
Abu Nasr cukup dikenali dalam bidang matematik dan astronomi. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi al-Biruni untuk mengkaji karya-karya cendekiawan Yunani seperti Aristotle dan Ptolemy. Ini termasuk mengkaji geometri yang dihasilkan Euclid dan karya-karya astronomi Ptolemy.
Nama al-Biruni kemudiannya dikenali atas pelbagai penemuan seperti pengiraan ketinggian matahari, pemetaan lokasi dan pengiraan saiz Bumi yang tepat. Semasa mengikuti angkatan perang pemerintah Sultan Mahmoud Ghazni di India, beliau turut menghasilkan sebuah karya bertajuk Kitab al-Hind (India).
India turut menjadi saksi di mana al-Biruni meneroka idea tentang alam semesta yang dibawa cendekiawan India. Ini membawa kepada penghasilan Kitab al-Tahqiq ma lil-Hind yang dihasilkan antara 1017 dan 1030 Masihi.
Al-Biruni juga dikenali kerana memberi sumbangan besar kepada kajian geodesi (kajian tentang saiz, bentuk dan lapangan gravity bumi). Beliau turut mencadangkan trigonometri dijadikan sebagai bidang berasingan daripada astronomi. Al-Biruni turut mencadangkan radius sebagai unit utama fungsi-fungsi trigonometri dalam bidang astronomi dan geografi.
Jadi, apa kaitan al-Biruni dengan graviti dan Newton? Sebenarnya, al-Biruni sudah meneroka idea graviti jauh lebih awal daripada cendekiawan Inggeris terkenal itu. Hal ini dinyatakan dalam salah satu karyanya yang terkenal, al-Qanun al-Mas’udi.
Al-Biruni menyatakan sesebuah objek akan ditarik secara semulajadi ke pusat bumi dengan satu daya yang tidak dinyatakan. Beliau percaya kewujudan daya tersebut membolehkan semua objek dapat mengekalkan keseimbangan. Meskipun terma graviti tidak digunakan oleh beliau, pemerhatiannya hamper sama prinsip tarikan graviti yang dicadangkan Newton.
Al-Biruni juga percaya semua objek cakerawala bukan saja memiliki berat dan isipadu. Malah, semua objek cakerawala juga memiliki daya tarikan graviti. Teori ini dikemukakan beliau sebagai menolak teori yang dikemukakan Aristotle bahawa hanya bumi saja memiliki daya tarikan graviti.
Pandangan al-Biruni turut disokong seorang lagi cendekiawan Islam abad ke-12, al-Khazini. Al-Khazini percaya tarikan graviti sesebuah objek bergantung kepada jarak sesebuah objek itu dari pusat bumi. Teori ini kemudiannya digunakan kedua-dua tokoh tersebut untuk semua objek tiga dimensi.
Al-Biruni kembali ke rahmatullah di Ghazni, Afghanistan sekitar tahun 1050. Meskipun beliau telah tiada, karya-karya dan teori-teori beliau menjadi inspirasi kepada para cendekiawan lain termasuk dari Barat. Ini termasuk Newton, Nicolas Copernicus, Galileo Galilei dan Evangelista Torrecelli.
Siapa sangka, teori graviti yang kita kenali hari ini, asasnya bermula dari dunia Islam? Mungkin selepas ini bila kita lihat objek jatuh, kita bukan saja terfikir Newton tetapi al-Biruni juga.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




