Sebelum Arab Saudi mulakan revolusi bola sepak baharu sejak kemasukan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr, kita pernah dikejutkan dengan lambakan bintang-bintang bola sepak dunia tertumpu ke Liga Super China.

 

Impian bola sepak China bermula apabila Presiden Xi Jinping merancang China ke arah menjadi kuasa besar bola sepak dunia menjelang 2050.

 

Beliau anggap bola sepak dapat angkat ekonomi China. Beliau nak China jadi tuan rumah dan beraksi di Piala Dunia serta meletakkan sasaran berada dalam kedudukan 20 terbaik dunia serta muncul juara dunia.

 

China rancang membina 50,000 sekolah khas bola sepak dalam tempoh tujuh tahun membabitkan 50 juta kanak-kanak sekolah untuk lahirkan generasi baharu.

 

Liga Super China (CSL) menjadi liga paling banyak berbelanja pada jendela perpindahan musim sejuk 2016-17.

 

Sebanyak RM1.9 bilion dibelanjakan termasuklah RM361 juta untuk bawa masuk pemain tengah Chelsea, Oscar yang sertai Shanghai Port FC.

 

Gaji yang dijanjikan tinggi berbanding di Eropah walaupun taraf permainannya tidak setimpal itu membuatkan ramai pemain mahu menjadikan China sebagai destinasi kerjaya bola sepak mereka.

 

Salah satu perpindahan terbesar iaitu Carlos Tevez yang menyertai Shanghai Shenhua pada 2016 dengan gaji RM3.9 juta seminggu.

 

Bekas bintang Shakhtar Donetsk, Alex Teixeira direkrut dengan kontrak US$54 juta bersama Jiangsu Suning pada 2016 dan rakan senegaranya Hulk mendapat kontrak US$60 juta bersama Shanghai SIPG.

 

Bagaimanapun, segala-galanya hancur musnah kerana cita-cita bola sepak Xi Jinping merugikan China dan tak bawa sebarang keuntungan.

 

Peraturan-peraturan liga yang semakin ketat ke atas pemain import dan cukai yang perlu dibayar kepada Persatuan Bolasepak China (CFA) menjadikan kelab China agak kurang menarik berbanding dua tahun sebelumnya dan apabila kehadiran ke stadium menurun, kelab bergelut untuk menampung defisit kewangan.

 

Mereka tak mampu bayar gaji yang dijanjikan kepada pemain dan bantuan kewangan daripada pemilik mereka yang kaya raya tiba-tiba terhenti.

 

Sedekad selepas revolusi tersebut, segalanya terkubur. Stadium mulai kosong dan kelab-kelab dibelenggu hutang bertimbun.

 

Pada 2021, Jiangsu FC dah gulung tikar selepas pemiliknya menarik diri. Malah kelab terbaik dalam sejarah CSL yang telah memenangi 8 kejuaraan China dan dua gelaran Liga Juara-Juara Asia (ACL) tersingkir pada Disember 2022 iaitu Guangzhou Evergrande yang berhutang RM1.4 trilion sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan pasukan itu.

 

Sekatan COVID-19 yang ketat, pergelutan ekonomi dan perancangan tergesa-gesa menyaksikan liga yang pernah menampilkan Carlos Tevez, Hulk dan Oscar musnah begitu sahaja.

 

Situasi ini pasti memberi amaran kepada Arab Saudi yang mana tak mustahil cita-cita melangit mereka ketika ini mampu membuatkan mereka menerima nasib sama seperti China.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Takut menjadi boros seperti kelab-kelab CSL? Nak bijak berbelanja masa main Football Manager? Kalau nak padu menguruskan kewangan, rujuklah PSYCHOLOGY OF MONEY!

https://bit.ly/psychologyofmoneypatriots


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply