Kalau kat Jepun, tak pelik sekiranya isteri menjadi suri rumah sepenuh masa dan ia berlaku dalam kebanyakan keluarga di sana terutamanya di kalangan kelas pertengahan. Kebanyakan suami yang bekerja akan beri keseluruhan gaji mereka kepada isteri.

 

Dah kenapa?

 

Terdapat kisah popular tentang seorang wanita bernama Chiyo pada kurun ke-16.

 

Chiyo ialah isteri seorang samurai bernama Kazutoyo Yamanouchi. Chiyi simpan hesokuri atau wang rahsia yang tak diketahui suami untuk beli seekor kuda hebat yang bantu suaminya menang peperangan dan disanjungi.

 

Malah, banyak lagi kisah yang menceritakan besarnya jasa seorang isteri dalam budaya Jepun. Budaya okozukai ini terus diamalkan walaupun sering dipandang Barat sebagai queen control.

 

Dari dulu lagi, suri rumah Jepun diberi kuasa mengawal kewangan keluarga dan hampir kesemua perbelanjaan untuk seisi rumah. Mereka bertanggungjawab pastikan segala keperluan sentiasa mencukupi dan mempunyai wang simpanan apabila keadaan memerlukan.

 

Para suami akan diberikan duit belanja atau elaun daripada isterinya hasil daripada gaji mereka sendiri. Budaya inilah yang dikenali sebagai “Okozukai” yang bermaksud wang saku.

 

Walaupun jika isterinya bekerja, kebanyakan suami masih amalkan budaya ini dan memberikan sepenuhnya gaji mereka untuk diuruskan pasangan.

 

Tinjauan yang dilakukan oleh The Japan Times mendapati 13 % keluarga amalkan pengurusan bersama. Tetapi lebih daripada 50 % diuruskan oleh isteri.

 

Undang-undang di Jepun tak benarkan seseorang itu untuk membuka akaun bersama. Isteri akan uruskan wang gaji yang diberi suaminya 100 %.

 

Suami yang dapat duit belanja ni dipanggil sebagai okozukai sei. Mereka selalu bawa bekalan dari rumah seperti bento.

 

Mereka jarang bazirkan duit untuk beli makanan apatah lagi beli bir, mereka akan beli makanan yang murah dan mengenyangkan tetapi kurang menyihatkan seperti makanan segera.

 

Mereka biasanya habiskan wang saku dengan beli minuman tenaga ketika bekerja atau minum di bar bersama rakan pada waktu malam.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Korang mesti akan terpikat untuk selam lebih dalam seperti era Sengoku, Edo dan Meiji bersama KITAB TAMADUN JEPUN. Buku ni menjadi pintu gerbang bagi anda menuju ke masa lalu Jepun yang memukau!

Dapatkan segera di: https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply