Tanah Filistin, merupakan sebuah tanah yang menjadi rebutan bagi pelbagai agama, bangsa dan kaum. Bagi mereka, tanah ini merupakan tanah milik mereka dan sewajarnya merekalah yang menjadi penguasa bagi tanah ini. Tanah ini telah menjadi rebutan bagi tiga agama utama seperti Islam, Kristian dan Yahudi kerana keterhubung kait mereka dengan sejarahnya di tanah ini.

Justeru itu, beberapa tapak di tanah ini telah menjadi tuntutan asas mereka dalam menuntut hak akan negara ini.

[Islam: Kompleks Masjid Al-Aqsa]
Masjid Al-Aqsa merupakan tempatnya Israk dan Mikrajnya Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini dianggap mulia kerana disinilah bermulanya perintah solat bagi umat Islam. Hal ini turut disebut didalam Al-Quran dalam Surah Al-Isra’ Ayat Pertama. Dalam Ayat ini menceritakan perjalanan Rasulullah SAW ini.

Begitu juga, tanah ini menjadi tuntutan Umat Islam kerana ini merupakan tanah suci yang ketiga bagi umat Islam setelah Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi berdasarkan Hadis Rasulullah SAW. Tanah ini juga menjadi tanah perjuangan para Anbiya’ dan Rasul sebelum Nabi Muhammad SAW.

Bagi Umat Islam, mereka adalah kesemuanya Islam dan menyampaikan Tauhid kepada Allah yang Satu dan tidak menyukutukannya bahkan tidak menyatakan buruk berkenaan Nabi dan Rasul yang terdahulu.

[Kristian: Betlehem, Tempat Kelahiran Nabi Isa AS]
Bagi Agama Kristian, Tanah ini dianggap suci kerana disinilah bermulanya tempat perjuangan Jesus. Di tanah ini juga telah bermulanya penyebaran dan dakwahnya dalam memperbetulkan agama dari penyelewengan yang dibuat oleh para pemuka Yahudi di Baitul Maqdis.

Kemudian berlalunya zaman, Penguasa Rom telah menguasai tanah ini dan menjadikan tanah ini sebagai salah satu tanah suci bagi agama Kristian dengan membangun pelbagai tempat ibadat bagi Agama Kristian antaranya Holy Sepulchre yang dibangunkan oleh Contantine The Great yang dipercayai merupakan tapak penyaliban Jesus (bagi Agama Kristian).

[Yahudi: Tembok Ratapan]
Umum mengetahui bahawa sebagian besar Nabi adalah daripada Bani Israil. Justeru itu, atas dasar ini mereka mengklaim tanah ini berdasarkan mereka adalah keturunannya Israil ini. Tembok ratapan merupakan sebahagian daripada Haikal Sulayman yang mereka agungkan. Haykal Sulayman merupakan tapak ibadat bagi Agama Yahudi (menurut kepercayaan Yahudi) dan ia dibina ketika era Nabi Sulaiman AS.

Haykal Sulayman ini kemudiannya diruntuhkan oleh Penakluk Babylon dan melakukan penjarahan di Filistin dan membunuh ramai mangsa di tanah ini. Namun, “claim” ini tiada asas kerana berdasarkan kajian arkeologi mendapati tiada tapak yang dikatakan. Hanya “claim” yang bersandarkan kitab suci mereka sahaja semata mata.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.