Setelah berjaya mendarat di Bulan, pihak NASA mengatur semula strategi aeroangkasa – kali ini tanpa belenggu geopolitik global. Mereka tidak lagi berlumba dengan pihak Soviet yang sudah jauh ketinggalan pada masa itu. Peluang ini membuka jendela baharu dalam kajian astronomi, sampai naiknya Teleskop Angkasa Hubble (HST) untuk mengambil gambar keadaan angkasa. Hari ini, HST sudah mengambil lebih daripada sejuta gambar. Melalui pancaindera HST, kita berjaya melihat macam-macam:

  • Kelahiran dan kematian bintang.
  • Galaksi berbilion tahun cahaya jauh
  • Komet terburai di atmosfera Musytari

Banyak benda baharu dikaji saintis dengan bantuan HST. Bayangkan – NASA bergerak begitu jauh sampai sudah tidak peduli suara sumbang yang sampai hari ini merepek pasal hal bendera berkibar untuk menafikan kebenaran pendaratan Bulan. Namun sama seperti semua peranti di Bumi, teknologi HST juga ada had. Ada banyak galaksi kini berada di luar capaian HST – terlalu jauh kerana alam semesta yang mengembang (Davis, 2022).

Nampak macam tong sampah. Tetapi itulah HST.

Kena faham perspektif terlebih dahulu. HST mula dibina NASA sekitar tahun 1970-an, dengan bantuan daripada Agensi Angkasa Eropah (ESA). Namun ada macam-macam halangan yang melewatkan pelancaran sampai tahun 1990. Enam tahun selepas pelancaran, NASA merancang “Next Generation Space Telescope”. Macam biasa – ada maca-macam halangan sampai perlu memorandum of understanding (MOU) baharu antara NASA dan ESA pada tahun 2007. Masuk 2016, barulah Teleskop Angkasa James Webb (JWST). Itu pun dilancar lima tahun kemudian.

JWST.

Jadi JWST mempunyai kelengkapan teknologi yang berdekad lebih maju untuk dibandingkan dengan HST. JWST menggunakan teknologi inframerah. HST menggunakan teknologi ultraviolet. Jadi saintis NASA sekarang menggunakan kedua-dua teleskop untuk mencapai matlamat misi. Dan baru-baru ini, kita dapat bandingkan betapa majunya JWST.

Gambar Pertama Daripada JWST

Seperti yang dirancang, Teleskop Angkasa James Webb berjaya menghantar gambar dalam tempoh enam bulan selepas pelancaran. Gambar pertama sudahpun sampai ke pejabat Joe Biden sebelum diudarakan untuk tatapan umum. Berikut adalah gambar diambil JWST:

Gambar diambil JWST.

Betapa luasnya alam semesta, berpinar-pinar pula dengan kerdipan bintang dan nyalaan galaksi. Gambar ini memang nampak ‘biasa-biasa’ saja. Tetapi cuba bandingkan pula dengan gambar diambil Teleskop Angkasa Hubble:

Perbandingan antara HST dan JWST.

Lokasi lebih kurang sama. Sasaran pun sama. Perbandingan ini menunjukkan kemajuan JWST. Galaksi dan bintang tidak kelihatan HST boleh nampak kalau guna JWST. Dan ini baru gambar pertama… entah apa lagi JWST boleh ‘korek’ di alam angkasa yang masih banyak belum dipelajari saintis. Dan untuk pengetahuan semua, JWST asalnya ambil gambar-gambar dalam bentuk inframerah selama 12.5 jam. Semua gambar kemudian diproses menjadi bentuk boleh dilihat mata kasar. Kira gambar JWST ini bukan sama sekali suntingan atau lukisan (rendition). Ia memang keadaan angkasa sebenar.

Capaian JWST pula amat menakjubkan. Semua kena faham macam mana cahaya angkasa dikaji. Alam angkasa disempurnakan selepas Big Bang sekitar 13.8 bilion tahun yang lalu. Letupan ini jangan sesekali dianggap “satu kejadian”. Saintis berpendapat Big Bang bukan permulaan alam angkasa, hanya penyempurnaan yang masih diteruskan sampai masa akan datang (Siegel, 2020).

Konsep Big Bang yang ‘masih berlaku’.

Konsep Big Bang masih terpakai pada bintang. Ambil contoh bintang Alpha Centauri yang terletak 41.3 trilion kilometer jauh. Cahaya bintang ini masih boleh sampai sini – tetapi mengambil masa 4 tahun 4 bulan. Sebab itulah jarak Alpha Centauri dengan Bumi dikatakan 4.367 tahun cahaya. Kerana cahaya mengambil masa 4.367 tahun (4 tahun 4 bulan) untuk sampai sini.

Kalau angkasa hanya ada Alpha Centauri, kita akan nampak sebutir bintang saja yang melambai ke arah Bumi. Namun jumlah bintang di angkasa tidak terhitung. 5,000 boleh dilihat dengan mata kasar. Entah berapa banyak JWST boleh cerap. Kerana gambar dihantar JWST adalah gambar lambaian-lambaian bintang sejauh 13 bilion tahun… sangat hampir dengan titik pertama pencetusan alam angkasa (Milman & Sample, 2022).

Akhbar The Guardian ada layarkan gambar diambil HST dan JWST. Anda boleh tarik tolak cursor untuk bandingkan lebih jelas. Layari di sini: https://www.theguardian.com/science/2022/jul/11/nasa-james-webb-telescope-ancient-galaxy-images

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Davis, J. (2022, Julai 11). JWST versus Hubble: How are they different? Planetary.

Milman, O., & Sample, I. (2022, Julai 12). First images from NASA’s James Webb space telescope reveal ancient galaxies. The Guardian.

Siegel, E. (2020, September 17). If the Big Bang wasn’t the beginning, what was it? Forbes.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply