Korang biasa tak tengok “Pintu Ke Mana Saja” yang wujud dalam Doraemon? Pernah terfikir tak kalau teleportasi ni boleh tak wujud di realiti kita hari ini?

 

Sebenarnya, dah wujud dah pun!

 

Cuma ia tak macam yang kita bayangkan la. Manusia berjaya ada teknologi teleportasi sejak tahun 90-an lagi tapi dalam jarak yang amat dekat iaitu sekitar 600 meter.

 

Manusia kini dapat teleport tenaga foton yang sangat kecil dengan jarak 1400 km dari Bumi hingga ke satelit yang dilakukan oleh saintis dari China pada tahun 2017.

 

Teleportasi kuantum yang berjaya dicapai oleh manusia berasaskan ilmu kuantum. Jadi, sebab itu namanya teleportasi kuantum. Teknik yang digunakan berasaskan kekusutan kuantum (quantum entanglement).

 

Dalam kekusutan kuantum, dua objek kembar ni berjarak teramat jauh. Kalau objek A berpusing satu arah, automatik objek B berputar ke arah yang lain.

 

Saintis gunakan teknik ni untuk teleport objek. Namun teleportasi berasaskan kuantum ni hanya membolehkan objek kuantum je yang boleh diteleportasi .

 

Setakat ni objek yang boleh dikuantum hanyalah zarah. Saintis berjaya merentas jarak sejauh 1,400 km pun dengan gunakan zarah cahaya, bukannya objek makro. Zarah ni pun lebih kecil dari atom.

 

Nak teleport manusia memang tak realistik buat masa kini. Saiz badan manusia dan semua sekali yang ada termasuklah sel-sel mungkin memerlukan tenaga sebanyak 1 juta tahun daripada jumlah tenaga yang digunakan di United Kingdom untuk diteleportasi.

 

Habis blackout la rumah aku semata-mata nak teleport kau pergi bulan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Bukan ni je benda pelik-pelik yang kuantum ni boleh buat. Akhirnya QUANTUM ANTARA RUANG DAN MASA dah berada di pasaran! Dapatkannya dengan DISKAUN RM 10 terhad sehingga 19 OKTOBER ni bersempena #TPSEBELAS. Klik https://bit.ly/quantumshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply