Marie Antoinette atau Maria Antonia Josepha Johanna lahir di Vienna, Austria. Puteri bongsu dari pasangan diraja iaitu Maharani Maria Theresa, ratu kerajaan Habsburg dan Maharaja Francis I, pemerintah empayar Rom Suci.

 

Pada umur 15 tahun, Marie dikahwinkan dengan pewaris takhta Perancis iaitu Louis XVI.

 

Pada 10 Mei 1774, Louis XVI ditabal sebagai Raja Perancis. Secara automatik Marie jadi Ratu Perancis.

 

Bagi mengimbangi kehidupan peribadi dengan kerjayanya, Marie ada hobi mewah untuk isi masa lapangnya.

 

Semakin ramai rakyat tak suka Marie. Kemudian beberapa akhbar sebarkan tentang keburukan Marie, kononnya Marie boros gunakan duit kerajaan dan ada hubungan dengan ramai lelaki.

 

Marie dijadikan sebab kenapa segala permasalahan Perancis muncul. Namun hakikatnya permasalahan Perancis berlaku akibat penglibatan Perancis dalam Revolusi Amerika.

 

Pada 1776, Marie arahkan Perancis masuk campur untuk bantu Amerika halau British yang semakin berpengaruh di tanah Amerika sehingga menyebabkan peningkatan hutang kerajaan Perancis.

 

Untuk langsaikan hutang tersebut, rakyat diwajibkan bayar cukai. Namun, ia dikecualikan kepada para gereja dan bangsawan yang ada harta kekayaan yang mewah.

 

Berang dengan tindakan tersebut, rakyat sanggup buat apa saja bagi lemahkan sistem monarki.

 

Pada Oktober 1789, demonstrasi berlaku kerana kenaikan harga roti dan barangan yang tiba di Versailles, memaksa kerabat diraja dipenjarakan.

 

Pada bulan Jun 1791, raja Louis XVI dan ratu Marie rancang untuk larikan diri ke sempadan Austria-Perancis, di mana abang Marie iaitu maharaja Rom Suci menunggu dengan para tenteranya, kemudian menumbangkan pihak revolusi dan pulihkan kembali sistem monarki.

 

Namun usaha mereka gagal kerana dapat dikesan oleh para revolusi, seterusnya mereka ditangkap dan dibawa mereka ke Paris.

 

Pada 21 September 1792, sistem monarki sah digulingkan dan Republik Perancis ditubuhkan.

 

Louis disabitkan kesalahan kerana mengkhianat kerajaan sendiri. Baginda dikenakan hukuman pancung menggunakan guillotine pada 21 Januari 1793.

 

Marie pula dibicarakan dalam mahkamah Revolutionary Tribunal pada 14 Oktober 1793. Baginda disabitkan 3 kesalahan: boros harta kerajaan, ancam keselamatan kerajaan, dan pengkhianatan terhadap kerajaan sendiri.

 

Pada 16 Oktober, Marie dikenakan hukuman pancung dengan guillotine.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Akhirnya KITAB TAMADUN EROPAH dah berada di pasaran! Dapatkannya dengan DISKAUN RM 10 terhad sehingga 19 OKTOBER ni bersempena #TPSEBELAS. Klik https://bit.ly/kitabtamaduneropah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply