Tajuk ni sama dengan tajuk yang terpampang di dada akhbar apabila Malaysia tewas ketika Piala Asia 2007.

Piala Asia 2023, perit untuk kita telan bahawa Malaysia dah tersingkir dan tak mampu lagi untuk ke peringkat seterusnya.

Siapa yang tak kecewa dengan keputusan 0-4 di tangan Jordan dan tewas minit-minit akhir di tangan Bahrain dengan keputusan 0-1.

Piala Asia 2007 dulu pun kita mampu jaringkan 1 gol menerusi jaringan Indra Putra Mahyuddin ketika menentang China.

Tak cukup dengan tu, peminat-peminat diorang siap tunjuk jalan untuk pulang ke lapangan terbang selepas perlawanan kepada penyokong-penyokong Malaysia di sana. Siapa yang tak sakit hati. Sekali lagi, kita terkandas di peringkat kumpulan.

Tipu lah kalau tak menangis selepas kalah “last-minute” macam tu dengan Bahrain. Ia sememangnya merobek hati peminat bola sepak Malaysia yang dah lama dahagakan untuk melihat Malaysia di pentas tertinggi Asia.

Permainan kita agak baik jika nak dibandingkan dengan ketika 2007 dahulu. Tetapi mungkin nasib lebih menyebelahi pasukan lawan yang lebih bersedia berbanding kita yang awalnya meletakkan ekspektasi tinggi kepada skuad negara.

Pengendali Malaysia, Kim Pan Gon meletakkan semua kesalahan di atas bahunya. Banyak juga eksperimen-eksperimen pelik yang kita nampak sendiri yang dilakukan oleh beliau.

Antaranya, memberikan pemain yang baru pertama kali bermain di peringkat antarabangsa untuk memulakan permainan, menggunakan pemain yang tidak sesuai dengan formasi serta meletakkan pemain yang tidak bersedia untuk kancah tertinggi seperti Piala Asia ni sememangnya mengundang padah.

Kita boleh menunding jari pada sesiapa sahaja. Ada pihak yang menyalahkan kegagalan naturalisasi, ada pihak yang turut menyalahkan sesebuah kelab. Tapi kita perlu realistik dan berpijak di bumi yang nyata. Hanya ini yang Malaysia mampu lakukan hari ini.

Ranking Malaysia terus jatuh akibat kekalahan ni. Kini Malaysia di tangga 136 dunia, jatuh 6 anak tangga sebelum kejohanan berlangsung.

Pasukan-pasukan di dalam Kumpulan E juga berada dalam kelasnya yang tersendiri. Kita berada jauh di belakang pasukan gergasi Asia, Korea Selatan di ranking ke-23 dunia, Bahrain dan Jordan yang berada di ranking ke-86 dan ke-87 dunia.

Perlawanan melawan Korea Selatan nanti, kita dah “nothing to lose.” Kita cuma mampu harapkan yang Malaysia mampu untuk menyaingi permainan Korea Selatan yang dibarisi pemain-pemain yang berkelana di Eropah.

Tolonglah, jangan memandang rendah pasukan lawan lepas ni. “Overconfident” memakan diri. Saya mohon Kim Pan Gon buktikan Malaysia mampu layak ke peringkat seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas kegagalan dalam kejohanan Piala Asia ni.

Oleh: Azizul Farhan

___

Korang minat sukan? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya. Dapatkan segera LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH:
https://shope.ee/5fPTPWY9UL


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply