Baru-baru ni, Abdullah C. D. meninggal dunia pada 9.29 pagi waktu Thailand pada usia 101 tahun. Ada suara-suara yang kita dengar bahawa Komunis pejuang kemerdekaan. Adakah ia benar?

Mari kita jejak perjalanan Abdullah C. D macam mana beliau boleh sertai Parti Komunis Malaya?

Pada mulanya, beliau bersama Kesatuan Melayu Muda. Namun apabila Jepun mengharamkan KMM, Abdullah C. D. ambil keputusan untuk sertai MPAJA. Ironinya, KMM yang menjemput penjajah Jepun ke sini diharamkan oleh Jepun sendiri.

Singkat cerita, setelah Perang Dunia Kedua tamat, beliau terlibat dalam menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) bersama Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan lain-lain pada Oktober 1945.

Dalam kongres perpaduan bangsa Melayu pada awal 1946, PKMM berkerjasama bersama UMNO untuk halau British dan capai kemerdekaan.

PKMM ambil keputusan keluar daripada UMNO dan bentuk gabungan pertubuhan-pertubuhan Melayu dalam Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).

PKMM keluar disebabkan tidak sehaluan dalam proses untuk mencapai kemerdekaan. PKMM tak suka tindakan UMNO yang mesra British.

PKMM diharamkan oleh British dan labelkan diorang sebagai perjuangan haluan kiri dan berbau “komunis.”

PKMM cenderung untuk wujudkan Melayu Raya yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. PKMM nak sertai Indonesia untuk dapatkan kemerdekaan pada 1949.

Setelah PKMM diharamkan, Abdullah C. D. sertai PKM. Sebahagian ahli PKMM yang lain ada yang menyertai UMNO.

Apa yang Abdullah C. D. buat bersama PKM?

Abdullah C. D menubuhkan Rejimen ke-10 PKM. Asalnya kebanyakkan anggota Melayu yang sertai PKM sebenarnya berhasrat untuk berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan melawan British.

Malangnya, PKM telah mempengaruhi parti-parti haluan kiri dan menggunakan mereka sebagai platform mendapatkan kader-kader baru dari kalangan orang Melayu.

Pemimpin-pemimpin Melayu yang dilantik cadangkan beberapa perkara seperti penggunaan songkok, kebebasan ahli untuk berhubung dan rejimen ni bergerak tanpa anggota berbangsa Cina.

Tapi semuanya ditolak oleh Chin Peng atas alasan ia akan mendatangkan masalah perkauman.

Chin Peng arahkan mereka bergerak ke utara. Hanya kerana 200 orang sahaja dari 500 yang bersenjata, Abdullah CD putuskan anggota selebihnya tinggal di Temerloh.

Hanya semasa dalam perjalanan barulah mereka tahu destinasi yang dikenali sebagai “kawasan bebas” itu adalah Gua Musang, Kelantan.

Perjalanan terpaksa ditangguhkan selepas beberapa kali bertempur dengan pasukan keselamatan.

Akibat dari tekanan pasukan keselamatan, Abdullah C. D. arahkan pasukan ni berpecah dua.

2 platun dibawah pimpinan Abdullah C. D. dan 3 platun dibawah pimpinan Wahi Annuar bersama Musa Ahmad.

Setelah beberapa ketika, kedua-dua pasukan ni terputus hubungan, Musa Ahmad cadangkan mereka kembali ke Temerloh.

Wahi Annuar beberapa kali diserang oleh pasukan keselamatan hinggakan dia terpisah dengan isterinya Shamsiah Fakeh (selamat melahirkan anak lelaki semasa dalam pemburuan).

Pendek cerita, Wahi Annuar kemudiannya menyerah kepada pihak berkuasa di Jerantut, Pahang diikuti oleh 150 hingga 200 orang pengikutnya.

Hal ni telah merendahkan moral Rejimen ke-10 yang kehilangan sebahagian besar kekuatannya.

Akibat keberhasilan Rancangan Briggs, PKM terpaksa hadap kekurangan bekalan makanan yang kritikal. PKM mula berundur ke sempadan Thailand.

Dipendekkan cerita, selepas tamatnya Darurat pada tahun 1960, PKM kekal di sempadan Thai-Malaysia dan memperkukuhkan kembali keanggotaan mereka, daripada saki-baki 600 anggota yang berpengalaman, mereka berjaya merekrut kira-kira 1,000 lagi anggota tambahan.

Diorang lancarkan perang gerila secara rasminya pada satu serang hendap ke atas pasukan keselamatan di Kroh-Betong pada 17 Jun 1968.

Konflik ni tamat apabila PKM bersetuju menandatangani Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Dis 1989.

Berbalik kepada kisah perjuangan Abdullah C. D, kita dapat rasakan bahawa Chin Peng amat terdesak dan memerlukan sokongan orang-orang Melayu bagi meneruskan perjuangannya mendirikan Republik Rakyat di Malaya.

Isu menuntut kemerdekaan dari British adalah isu yang paling mudah menarik minat orang-orang Melayu yang patriotik, tambah lagi Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, setahun sebelum Darurat bermula.

Sekarang, kita kembali lihat nasib orang-orang Melayu yang memilih jalan berjuang dengan PKM.

Memang malang apabila mereka hanya menjadi alat kepada PKM, berlaku diskriminasi yang sangat kuat di dalam PKM.

Anggota-anggota PKM yang berjawatan tinggi tidak meletakkan kepercayaan kepada anggota-anggota Melayu Rejimen ke-10 ini.

Abdullah C. D juga hanya menjadi Pengerusi PKM di akhir-akhir hayat PKM sebelum menandatangani Perjanjian Haadyai 1989.

Arahan-arahan penting dari Politbureau tidak akan sampai ketangan mereka, bukan sahaja kepada anggota bawahan, tetapi juga pemimpin-pemimpin kanan Melayu.

Dalam memberi propaganda, PKM mengelak dari memberitahu anggota Melayu bahawa agama dan ideologi komunis tidak boleh disatukan.

Kesimpulannya, saya rasa mereka telah dipergunakan oleh PKM tanpa mereka sedari, ya, sebahagian besar dari mereka.

Selain itu, satu persoalan di dalam benak saya apa yang sebenarnya menyebabkan keengganan saki-baki mereka meninggalkan PKM selepas Tanah Melayu merdeka?

Oleh: Azizul Farhan

___

Kalau nak kata Komunis memperjuangkan kemerdekaan, kenapa lepas Malaysia merdeka, diorang tetap menyerang tentera-tentera Malaysia?

Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
https://bit.ly/pdhshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply