Ibrahim Haji Yaacob sebenarnya merupakan tokoh yang terlibat di dalam proses kemerdekaan dua negara, iaitu Indonesia dan Tanah Melayu.

Ia bermula pada tahun 1928 apabila beliau dipilih jadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).

Di situlah beliau mula didedahkan dengan perjuangan nasionalisme.

Pada 1938, Ibrahim dan rakan-rakannya tubuhkan Kesatuan Melayu Muda. Kesatuan Melayu Muda merupakan parti politik pertama yang ditubuhkan di Malaya.

KMM ditubuhkan sebagai alat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang akan disatukan dengan Indonesia menjadi Indonesia Raya.

Dalam usianya yang singkat, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh KMM dalam perjuangan mencapai kemerdekaan.

Menjelang April 1941, Ibrahim Yaakob dihubungi oleh pihak Jepun yang menawarkan wang untuk beli akhbar Warta Malaya.

Ibrahim terima tawaran itu dan tanpa diketahui oleh pemimpin KMM yang lain dan menjanjikan sokongan KMM kepada Jepun apabila Jepun menyerang Malaya.

Warta Malaya menjadi medium propaganda KMM yang secara terbuka menyokong idea kesatuan politik antara Tanah Melayu dan Indonesia.

Beberapa hari selepas kejatuhan Singapura, Ibrahim bertemu dengan pihak berkuasa tentera Jepun untuk meminta KMM dibenarkan untuk menyambung semula penerbitan Warta Malaya.

Walaupun Jepun bersetuju, akhbar itu hanya dibenarkan untuk buka semula beberapa bulan kemudian di bawah pengurusan seorang pegawai Jepun. Akhbar itu akhirnya dihentikan penerbitannya pada 14 Ogos 1942.

Ketika pendudukan Jepun, Ibrahim dilantik sebagai Komandan Giyugun (tentera sukarela) dengan pangkat Leftenan Kolonel.

Dalam minggu-minggu terakhir sebelum Jepun menyerah kalah, Ibrahim sempat mengatur pertemuan di antara pemimpin KMM dan pemimpin Indonesia bagi mencapai satu tujuan, kemerdekaan dan Indonesia Raya.

Dalam kesempatan itu, Ibrahim menyampaikan bahawa kemerdekaan Malaya tercakup dalam Kemerdekaan Indonesia.

Konon, mendengar keinginan Ibrahim Yaacob itu, Soekarno pun berkata, “Mari kita ciptakan satu tanah air bagi seluruh tumpah darah Indonesia.” Ibrahim kemudian menjawab, “Kami orang Melayu akan setia menciptakan ibu negeri dengan menyatukan Malaya dengan Indonesia yang merdeka. Kami orang- orang Melayu bertekad untuk menjadi orang Indonesia.”

Perisytiharan kemerdekaan Indonesia dirancang pada 24 Ogos 1945 di Jakarta.

Setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos, Indonesia cepat – cepat mengisytiharkan kemerdekaan tanpa penglibatan Malaya.

Ternyata hal ini amat mengecewakan Ibrahim dan ahli KMM yang lain. Ibrahim juga sedar nasibnya kini di dalam bahaya kerana bekerjasama dengan Jepun.

Pada 19 Ogos 1945, Ibrahim Yaakob melarikan diri ke Jakarta untuk menemui Soekarno dan para pemimpin republik lainnya lalu bertemu dengan Sukarno untuk proses penyatuan Malaya dan Indonesia.

Soekarno dan Hatta putuskan untuk menangguhkan perbincangan mengenai penyatuan Tanah Melayu. Ibrahim juga diminta oleh Soekarno supaya tidak pulang ke Tanah Melayu buat sementara waktu.

Ibrahim kemudian menukar namanya kepada Iskandar Kamel Agastja, dan menyertai MBT TKR (Markas Tentera Darat – Tentera Keselamatan Rakyat).

Menjelang tahun 1951, Ibrahim putuskan untuk letak jawatan dalam bidang ketenteraan dan beralih kepada politik.

Beliau ditugaskan di Kementerian Luar Negeri dan membentuk KEMAM (Perpaduan Malaya Merdeka) yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada Indonesia.

Ibrahim pernah menganggotai pimpinan PNI (Parti Nasional Indonesia) cabang Jabodetabek hingga tahun 1958.

Pada era “Demokrasi Terpimpin”, Ibrahim pernah menjadi anggota MPRS (Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara) yang mewakili Riau.

Dalam Kempen Trikora (Tri Panglima Rakyat), Ibrahim dilantik sebagai Bendahara Kongres Rakyat Indonesia sekitar tahun 1958-1960.

Biarpun nama Ibrahim mula berkembang di Indonesia, beliau tak pernah melupakan tanah airnya, Tanah Melayu atau Malaysia.

Pada tahun 1973, beliau kembali ke tanah airnya setelah berdekad-dekad menjadi warga negara jirannya.

Pada 8 Mac 1978, tokoh politik Indonesia ini telah pergi menghadap Penciptanya dengan impiannya tentang Melayu Raya/Indonesia Raya yang tidak dapat direalisasikan sepanjang hayatnya.

Pejuang Nasionalis ini mendapat penghormatan tertinggi dan dikebumikan sebagai pahlawan di Tanah Perkuburan Pahlawan Kalibata.

Mungkin jika Ibrahim Yaacob tak lari ke Indonesia pastinya 14 hari Darurat selepas Jepun menyerah kalah tidak berlaku.

Pasti KMM akan terus wujud dan Malaya pasti merdeka sama awal dengan Indonesia. Tapi sudah takdirnya begitu.

Gerakan kiri juga tak pernah disorokkan sejarahnya yang melahirkan ramai pejuang dan gerakan selepas perang dunia seperti PETA, PETIR, API, AWAS, KRIS dan PKMM.

Sayangnya mereka diperguna PKM dan membawa kepada pengharaman semua gerakan radikal Melayu dan sosialis Melayu.

Hanya kerana Jepun kalah lebih awal dan KMM lambat mengambil inisiatif.

Oleh: Azizul Farhan

___

Kalau nak kata Komunis memperjuangkan kemerdekaan, kenapa lepas Malaysia merdeka, diorang tetap menyerang tentera-tentera Malaysia?

Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
https://bit.ly/pdhshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply