Esok kita dijangka akan beraya Aidilfitri. Meriahlah suasana di tanah air kita dan di seluruh negara Islam kerana sambutan ini. Syawal merupakan hari kemenangan seluruh umat Islam setelah sebulan dalam memerangi hawa nafsu menahan diri dari lapar dan dahaga serta nafsu lainnya. Maka, hadirlah Syawal bagi meraikan kemenangan itu.

 

Tahukah anda didalam bulan Syawal ini juga telah berlaku sebuah kemenangan yang besar dalam sejarah Islam? Peristiwa tersebut adalah Peristiwa Pertempuran Ahzab. Pertempuran ini mencatatkan gabungan terbesar kaum Quraish, Kabilah Arab dan Yahudi mengepung kota Madinah.

 

Gabungan ini dipanggil sebagai gabungan Ahzab dan jumlah pasukan gabungan ini mencecah 10 000 orang. Sungguh kalah jumlah dengan pasukan Muslimin di Madinah yang pada ketika itu berjumlah hanyalah 3 000 orang sahaja.

 

Rasulullah SAW mengambil jalan musyawarah untuk strategi peperangan dan seorang Sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Salman Al-Farisi kemudiannya memberi cadangan agar dibuat parit (Khandaq) di sekitar kota Madinah merentasi Bukit Sala’ dan Jabal A’ir.

 

Di bahagian Selatan Madinah pula, terdapat kubu pertahanan Bani Qurayzah yang pada ketika itu masih bersetia dengan Piagam Madinah. Akhirnya, siaplah pertahanan Madinah dan persiapan kaum Muslimin di Madinah. Pasukan Ahzab tiba selang beberapa hari kemudiannya.

 

Pasukan Ahzab menjadi binggung untuk menghadapi strategi ini kerana belum pernah menghadapi strategi seperti ini. Pasukan Ahzab kemudiannya melantik Amru bin Abdu Wudd untuk memimpin sepasukan berkuda untuk melintasi parit Khandaq dengan melompat dari seberang ke seberang parit.

 

Pasukan ini segera dihalang oleh pasukan Sayyidina Ali Bin Abi Talib dan menewaskan Amru Bin Abdu Wudd. Pasukan Ahzab kemudiannya mencuba kaedah lain bagi menembusi pertahanan Madinah dengan menggunakan pengaruh Yahudi Bani Qurayzah. Huyay bin Akhtab telah dihantar ke Bani Qurayzah oleh pihak Ahzab untuk berunding dengan pemuka Yahudi Bani Qurayzah ini.

 

Tindakan ini justeru mendatangkan kebimbangan kepada pasukan Muslimin tentang keselamatan mereka di bahagian belakang benteng kota Madinah. Sayyidina Zubair bin Awwam telah dihantar untuk menyelidiki hal ini dan ternyata benar,

هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُوْنَ وَزُلْزِلُوْا زِلْزَالًا شَدِيْدًا.

Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat. (Surah Ahzab : 11)

 

Dalam keadaan gelisah mereka itu, akhirnya Allah SWT menurunkan bantuannya bagi membantu pasukan Muslimin di Kota Madinah.

 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اذْكُرُوْا نِعْمَةَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ جَاۤءَتْكُمْ جُنُوْدٌ فَاَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيْحًا وَّجُنُوْدًا لَّمْ تَرَوْهَا ۗوَكَانَ اللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرًاۚ.

Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikaruniakan) kepadamu ketika bala tentara datang kepadamu, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan bala tentara yang tidak dapat terlihat olehmu. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Ahzab : 9)

 

Dua bala bantuan yang Allah janjikan iaitu Taufan dan bala tentera yang tidak kelihatan untuk memenangkan kaum Muslimin. Pada malam pengepungan, datang seorang pemimpin pasukan Ahzab, Nua’im bin Mas’ud Al-Asyjaie telah memeluk Agama Islam dan bersyahadah di hadapan Rasulullah SAW.

 

Rasulullah SAW kemudiannya memerintahkan agar politik pasukan Kafir Quraish di lagakan dengan Pasukan Yahudi. Akhirnya, perpecahan berlaku dan keretakan antara pasukan Ahzab berlaku. Pada malam pengepungan seterusnya, Allah SWT mendatangkan bala taufan membadai seberang parit Khandak (di bahagian perkhemahan Ahzab).

 

Badai tersebut menerbangkan segala keperluan makanan pasukan Ahzab dan memusnahkan total keadaan pasukan Ahzab dan akhirnya pasukan Ahzab ini berundur dari medan perang. Kemenangan pasukan Muslimin ini akan sentiasa di ingati sehingga kini.

 

Dan kemenangan ini dialunkan setiap kali sambutan perayaan kaum Muslimin bagi mengingati bantuan Allah atas kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT buat kaum Muslimin.

 

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

 Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian”

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply