Baru baru ini viral di seluruh media sosial khusus di Tiktok, tular berkenaan fenomena Gerhana Matahari yang dijangka akan berlaku pada 8 April 2024. Timbul pelbagai spekulasi dan andaian bahawa telah tibanya tanda tanda Kiamat dan akan munculnya Imam Mahdi.

Dan lebih menarik bahawa tahun ini dan Ramadhan ini (8 April) berlakunya Dwi Gerhana iaitu Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari. Ramailah yang mendakwa ini berdasarkan sebuah hadis yang didakwa bertepatan dengan peristiwa ini.

 

إِنَّ لِمَهْدِينَا آيَتَيْنِ لَمْ تَكُونَا مُنْذُ خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ تَنْكَسِفُ الْقَمَرُ لأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ وَتَنْكَسِفُ الشَّمْسُ فِى النِّصْفِ مِنْهُ وَلَمْ تَكُونَا مُنْذُ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ

 

Bermaksud: “Sesungguhnya, Al-Mahdi yang kita nantikan itu memiliki dua mukjizat yang belum pernah terjadi semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, (yakni) bulan mengalami gerhana pada malam pertama (awal) bulan Ramadan, sedangkan matahari mengalami gerhana pada pertengahan bulan itu, dan kedua hal itu belum pernah terjadi sejak Allah menciptakan langit dan bumi.”   (HR al-Dar al-Qutni)

 

Setelah diselidiki, status hadis ini adalah Munqati’. Sanad nya terputus sehingga Muhammad Bin Ali (KWH) yang merupakan cucunda baginda SAW. Jatuhnya Munqati’ adalah kerana tidak bersambungnya sanad ini kepada junjungan mulia Sayyidina Rasulullah SAW. Sudah jelas hadis ini taraf Munqati’ maka tidaklah boleh ia dijadikan sandaran khususnya dalam bab Akidah.

 

Imam Ad-Dzahabi dalam mengumpulkan pendapatnya daripada para ulama’ dalam kitabnya Mizanul I’tidal mencatatkan pendapat Yahya bin Ma’in berkata bahawa, Amr bin Shamir adalah perawi yang tidak dikenali. Begitu juga, Imam Bukhari berkata, hadisnya Munkar. Jelas hadis ini tidak boleh dijadikan sandaran bahkan hujah ekoran kesahihah hadis ini telah diragui sekian ramainya perawi Hadis yang lain.

 

Sebenarnya, peristiwa ini telah kesekian kalinya berlaku dalam Sejarah. Bahkan perkara ini telah melebihi daripada 60 kali dalam sejarah. Dan para Ulama’ Falak menyebutkan bahawa ia adalah fenomena Alam dan akan berlaku pada tahun tahun akan mendatang.

 

Cuma dakwaan Kiamat, sebenarnya kiamat ini mempunyai garis masa tersendiri. Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW iaitu,

 

Daripada Huzaifah Bin Asid al-Ghifari berkata: Telah muncul Rasulullah SAW di samping kami apabila kami sedang berbincang. Maka Baginda SAW bertanya: Apa yang kamu bincangkan? Mereka menjawab: Kami sedang membicarakan perihal al-Sa’ah (hari Kiamat). Lalu Nabi SAW bersabda:

 

إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ – فَذَكَرَ – الدُّخَانَ، وَالدَّجَّالَ، وَالدَّابَّةَ، وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ، تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

 

Maksudnya: “Sesungguhnya ia (hari Kiamat) tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelum daripadanya sepuluh tanda”. “Baginda SAW menyebut (tanda-tanda tersebut): Asap, Dajjal, al-Dabah, terbitnya matahari dari barat, turunnya Nabi Isa anak kepada Maryam, Ya’juj dan Ma’juj dan tiga gerhana iaitu satu gerhana di Timur, satu gerhana di Barat dan satu lagi gerhana di rantau atau jazirah Arab. Seterusnya, yang terakhir adalah keluarnya api dari Yaman yang menghalau manusia ke Mahsyar mereka”. [Riwayat Muslim (2901)]

 

Kronologi Kiamat itu sendiri bermula dengan Ad-Dukhan dan diikuti dengan kronologinya tersendiri sebagaimana Hadis Rasulullah SAW diatas. Justeru, sangat tidak wajar jikalau kita mendakwa dakwi sesuatu yang berkaitan dengan akidah tetapi ia bercanggah dengan Sunnah Rasulullah SAW.

 

Dan yang terakhir, dakwaan Dwi Gerhana Kiamat ini setelah dikaji rupanya dakwaan dari kelompok Ahmadiyya (The Ahmadi Religion Peace of Light) yang jelas terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

 

Sebagai penutup, As-Sa’ah (Kiamat) merupakan perkara yang pasti dari Allah SWT. Dan seharusnya kita umat Islam sentiasa mempersiapkan amalan kita untuk menghadapi kiamat bukan sekadar menanti kiamat untuk menimbulkan paranoid kepada orang ramai. Takutlah akan Allah SWT pemilik Hari Kiamat dan Pencipta Alam ini dan persiapkan amalan kita untuk bertemu dengannya kerana Mati itu pasti dan tidak akan tercepat sesaat dan terlewat walau sesaat pun. Wallahu A’lam.

 

Oleh : Muqri Nizam

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply