Selamat Tahun Baru Cina! Bagi setiap pekerja, mungkin perkara yang paling menyenangkan sebelum bercuti untuk perayaan adalah menerima hadiah daripada majikan. Begitu juga dengan para pekerja di sebuah syarikat di China ini.

Syarikat teknologi terkenal, Tencent, baru-baru ini  dilaporkan telah memberi tebu gergasi kepada pekerjanya sebagai hadiah Pesta Laba, hari karnival yang menandakan permulaan tempoh Tahun Baharu Kalendar Lunar.

Malah, ada banyak rakaman video dalam talian menunjukkan para pekerja sedang memegang tebu di bangunan pejabat yang glamor, menunggu pekerja lain untuk mengupas dan memotongnya.

Tebu? Kenapa pula beri tebu kepada pekerja?

Syarikat Tencent ini ada alasannya yang tersendiri. Dikatakan bahawa syarikat gergasi teknologi yang berpangkalan di Shenzhen itu menawarkan hadiah itu sebagai ucapan Tahun Baru, kerana simpulan bahasa Kantonis ‘dim gwo luk ze’, secara literal diterjemahkan sebagai “lebih lurus daripada tebu” dan bermaksud “semuanya baik-baik saja”.

Tapi, bukan syarikat Tencent sahaja yang memberi hadiah pelik kepada pekerjanya. Ada sebuah lagi syarikat di China turut menghadiahi pekerjanya barang yang lebih pelik. Seluar dalam merah.

Ya, seluar dalam berwarna merah. Ada beberapa pekerja memuatnaik dalam media sosial bahawa syarikat mereka telah memberi seluar dalam merah sebagai hadiah tahun baharu lunar.

Ia adalah kepercayaan tradisional bahawa dengan memakai seluar dalam, stokin dan tali pinggang merah, akan membawa tuah kepada mereka. Walaupun pada tahun yang tidak sesuai dengan tanda zodiak mereka, ramai yang lebih suka memakai merah semasa perayaan tahun baru lunar, kerana merah secara amnya dipercayai sebagai warna bertuah.

Paling mengejutkan, ada juga pekerja yang menerima haiwan ternakan seperti ayam, itik dan biri-biri sebagai hadiah tahun baharu. Masyarakat China purba ada kepercayaan bahawa jika membunuh ayam pada hari ke-27 bulan kedua belas dalam kalendar Lunar akan membawa tuah untuk tahun yang akan datang.

Ia juga merupakan perkara biasa dalam kalangan keluarga miskin luar bandar untuk membunuh ternakan yang mereka simpan di rumah untuk kenduri sekali dalam setahun. Jadi, ia boleh dikatakan hari bertuah buat mereka sekali dalam setahun.

Anda rasa ini pelik? Mungkin ia pelik, tapi kepercayaan setiap bangsa lain di seluruh dunia haruslah kita fahami alasan di sebaliknya.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.