Apabila nampak sahaja perkataan ‘croissant’, ramailah yang cuba nak menyebut dengan bunyi Perancis yang pekat, ‘kwa-son’, dan nampak lebih elegan. Tapi, tahu tak, yang sebenarnya croissant ini bukan berasal dari Perancis pun?
Ya, anda tak salah membacanya. Kwa-son, maaf, asal usul croissant ini sebenarnya bukanlah dari Perancis. Meskipun ramai yang menganggap croissant ini lambang Perancis, sama seperti melihat Menara Eiffel.
Ada banyak kisah serta dakwaan yang menerangkan asal-usul bagaimana croissant tercipta. Ramai pakar sejarah makanan cuba membongkar kisah sebenar ciptaan croissant ini, dan akhirnya bukti paling dekat menunjukkan ia bermula di Austria, bukan di Perancis.
Daripada bukti ini, difahamkan bahawa croissant hari ini adalah keturunan ‘kipferl’ (atau kipfel) – pastri Austria berbentuk bulan sabit yang menyerupai croissant yang lebih nipis dan padat yang dibuat dengan jumlah mentega yang banyak dan sering dihidangkan dengan gula dan badam.
Malah, sejarah kipferl ini sendiri ada legendanya yang tersendiri. Menurut legenda, kipferl berasal pada akhir abad ke-17 sebagai perayaan kemenangan Austria ke atas Empayar Uthmaniyyah dalam pengepungan Vienna.
Seperti ceritanya, pembuat roti Vienna (yang selalunya bekerja di bilik bawah tanah) bangun awal untuk memulakan kerja hari mereka dan mendengar orang Uthmaniyyah cuba menceroboh terowong ke bandar itu. Pembuat roti membunyikan penggera, dan Austria dapat mengalahkan musuh mereka.
Untuk meraikan kepahlawanan mereka, pembuat roti Vienna mencipta kipferl dengan bentuk melengkung yang dibuat menyerupai bulan sabit zaman Uthmaniyyah.
Jadi, bagaimana pula kipferl ini sampai ke Perancis?
Satu kisah yang paling popular tentang cara kipferl berhijrah ke Perancis ini adalah apabila Marie Antoinette kelahiran Austria yang membawa kelazatan apabila dia berkahwin dengan Raja Louis XVI pada 1770. Namun, ramai yang anggap ini hanya legenda!
Kisah yang paling tepat mengikut sejarah adalah apabila August Zang, seorang usahawan Austria, telah membuka boulangerie gaya Vienna di Paris pada tahun 1838. Di sinilah pertama kalinya orang Perancis mengenali rasa kipferl dari Austria.
Meskipun Zang hanya membuka kedai rotinya ini selama dua tahun, kemasyhuran kipferl melangkaui segalanya. Ramai orang Perancis sukakan roti ini, dan menjelang 1840, sudah hampir sedozen pembuat roti meniru gaya kipferl ini.
Dan, selepas itulah, kipferl berasimilasi dengan budaya Perancis, dan diubah namanya menjadi croissant yang bermaksud bulan sabit dalam bahasa Perancis. Seperti kata Jim Chevallier, seorang penulis buku sejarah makanan, “croissant bermula semula di tanah angkatnya.”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih