Mahjong bukan sekadar permainan bagi masyarakat Cina, tapi adalah budaya merangkumi kepercayaan dan amalan yang melingkari mahjong. Sejarah panjangnya juga melebihi satu abad.

Perkataan ‘mahjong’ itu datang daripada dua karakter Cina utama, iaitu ‘ma’ bermaksud kuda dan ‘jiang’ (burung pipit) yang biasa digunakan sebagai mata wang di China purba. Simbol-simbol ini membangkitkan idea kemakmuran dan nasib baik, menjadikan mahjong permainan yang digemari semasa perayaan.

Dilihat dari sejarah mahjong ini, permainan ini telah dicipta pada sekitar tahun 1846 oleh seorang pekerja istana bernama Chen Yu Men. Dalam beberapa tahun, permainan ini menjadi sangat popular di seluruh China.

Pelbagai variasi permainan ini mula muncul, dan seluruh negara mula menggemarinya. Namun, permainan ini mula dikaitkan dengan perjudian, menghisap candu, dan membuang masa. Disebabkan inilah ketika era pembaharuan akhir Dinasti Qing, mahjong dianggap sebagai isu sosial.

Mahjong mula diharamkan secara tidak langsung kerana perjudian dan menghisap candu menjadi jenayah. Larangan itu tidak begitu berjaya, sehinggalah berlakunya revolusi China.

Semasa revolusi budaya, mahjong dianggap sebagai sebahagian daripada “budaya lama” dan itu menyebabkan hampir semua peralatan berkaitan mahjong diharamkan dan dimusnahkan.

Mengikut falsafah Cina, permainan mahjong merangkumi prinsip Yin dan Yang. Prinsip ini mewakili perpaduan dan perjuangan berterusan antara yang bertentangan. Itu termasuk baik dan buruk, gelap dan terang, lemah dan kuat, dan sebarang pertentangan lain yang boleh anda buat.

Prinsip menyeluruh Yin dan Yang menjadikannya sesuai untuk mengaitkannya dengan mahjong. Sangat mendalam dalam keseimbangan, mahjong merangkumi intipati Yin dan Yang dan mencerminkan keharmonian di tengah-tengah kerumitan.

Kenapa mahjong ini menjadi ikon budaya?

Mahjong, selain sebagai permainan, ia juga dianggap sebagai satu aktiviti sosial yang berperanan untuk membina hubungan dan mewujudkan rasa kemasyarakatan. Setiap perhimpunan, sama ada dalam perayaan atau perjumpaan biasa, akan disertai permainan mahjong.

Dari segi kemahiran bermain mahjong pula, budaya Cina memberi penekanan yang kuat pada usaha intelektual dan pemikiran strategik, yang kedua-duanya wujud dalam mahjong.

Permainan ini memerlukan fikiran yang tajam, pemahaman tentang kebarangkalian, dan penguasaan taktik. Kualiti ini dipandang tinggi dalam masyarakat Cina, dan mahjong menyediakan arena supaya kemahiran ini boleh diasah dan dipamerkan.

Malah, mahjong juga mengajar pelajaran hidup yang penting, seperti kesabaran, kebolehsuaian, dan keupayaan untuk membuat keputusan ketika menghadapi tekanan. Kemahiran ini, yang penting dalam budaya Cina, ditanam melalui masa yang dihabiskan di meja mahjong.

Aktiviti bermain Mahjong memupuk ikatan dan mengukuhkan nilai tradisional hormat-menghormati dan setiakawan. Orang tua berkongsi kebijaksanaan dengan generasi muda, manakala orang muda bergurau mesra dengan orang tua. Pada saat inilah intipati budaya Cina paling jelas dilihat, apabila generasi berkumpul untuk berkongsi cerita, meraikan tradisi dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.