Kenapa susah sangat nak takluk Konstantinopel? Adakah disebabkan bentengnya yang tebal? Ataukah disebabkan ketangkasan pasukan Rom di Konstantinopel?

 

Jikalau diselidik, pasukan Islam yang gagal menakluk kota ini sebenarnya mempunyai kemampuan yang lebih baik daripada pasukan Rom. Namun, apakah punca pasukan Islam masih gagal menakluk kota idaman ini?

 

Mari kita selusuri beberapa siri kekalahan pasukan Islam dalam menakluk Konstantinopel.

 

  • Khalifah Muawiyah Bin Abu Sufyan

Serangan Khalifah Muawiyah menggunakan kaedah perang laut. Tanpa menggunakan sebarang kelengkapan tentera daratan. Akhirnya pasukan ini tewas kerana Api Greek (Greek Fire)

  • Sultan Bayezid Yildrim

Ketika beliau hampir menakluk Konstantinopel, tiba tiba datang sebuah serangan dari arah Timur menyerang ibu kotanya Ankara di Anatolia. Perkara ini menyebabkan pasukan Turki terpaksa berundur dari medan Konstantinopel

  • Sultan Murad II (Ayahanda Sultan Muhammad Al-Fatih)

Kegagalan Sultan Murad II adalah disebabkan kegagalan mengawal keadaan yang ketika mana tersebarnya berita khabar angin akan ketibaan tentera bantuan dari Genoa menggoncangkan pasukan Turki. Akhirnya mereka kesemuanya berundur.

Kesilapan ini dikaji oleh Sultan Muhammad Al Fatih sebelum penaklukan dimulakan. Untuk memecahkan kuasa politik, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menggunakan pengaruh ibundanya, Huma Hatun untuk mengawal kerajaan Serbia dari menganggu kerajaan Uthmaniyyah.

Di sebelah Anatolia pula, bangkit puak Karamanid, Sultan Muhammad mengarahkan Candarli Halil Pasya untuk menundukkan Karamaid dan mengamankan bahagian Anatolia.

Kini, Uthmaniyyah tiada halangan dan gangguan dari mana mana pihak. Seterusnya, untuk memecahkan benteng ini memerlukan sebuah senjata yang dapat menembusi benteng ini.

 

Benteng ini tidak dapat ditembusi dengan manjanik semata mata. Sultan Muhammad mendapatkan khidmat daripada seseorang dari Yunani untuk menjayakan misinya.

 

Akhirnya, kota Konstantinopel berjaya ditakluk dengan jayanya oleh Sultan Muhammad Al Fatih.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply