Sebelum kita pergi lebih dalam,siapakah Al-Aqami ini ? Beliau merupakan wazir Daulah Abbasiyyah dan beliau merupakan seorang yang beranutan Syiah.Namanya seringkali disebut dalam sejarah sebagai dalang yang memberi laluan kepada pasukan Monggol yang dipimpin Hulagu Khan untuk memasuki Kota Baghdad.

 

Namun,adakah keretakan Abbasiyyah bermula daripada saat itu ? Tepatnya ialah tidak.Keretakan dalam Daulah Abbasiyah ini telah bermula lama sebelum itu.Antara sengketa itu ialah sengketa mazhab Sunni – Syiah.

 

Sengketa ini juga melibatkan pentadbiran kerajaan semasa iaitu sengketa Buwayhid yang didominasi mazhab Syiah dan Seljuq yang didominasi oleh mazhab Sunni.

 

Buwayhid pada mulanya ialah suaka politik kepada Khalifah Abbasiyyah.Lama-kelamaan Buwayhid membentuk kelompoknya sendiri dalam court (sidang pembesar) Istana Baghdad

 

Sekaligus membentuk stigma Khalifah hanyalah boneka Buwayhid semata mata.Buwayhid telah menguasai Baghdad untuk sekian lamanya sehinggalah tibanya Sultan Tugrul (Seljuq) dari Rey dan menakluk Baghdad daripada Buwayhid.

 

Seterusnya,Khalifah Abbasiyyah yang dahulunya gah pada zaman kegemilangannya iaitu pada zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid dan Khalifah Al-Ma’mun.Namun,khalifah setelahnya tidak mampu mencapai reputasi yang sama gahnya seperti mereka.

 

Dek kerana itu,banyak negara yang dahulunya jajahan Abbasiyyah telah memerdekakan diri dan menobatkan diri mereka sebagai Sultan di negeri mereka seperti Tuluniyyah,Samaniyyah dan kerajaan kecil lainnya.Khalifah Abbasiyyah hanyalah sebagai simbol kepada penyatuan Umat Islam pada tika itu.

 

Selain itu,sengketa Mazhab yang melampau sehingga menjemput pihak lain untuk menhancurkan pihak lain turut menjadi budaya Umat pada waktu itu.

 

Kesemua kebobrokan inilah yang membawa Daulah Abbasiyyah kepada zaman kejatuhannya dan ditutupi kejatuhannya dengan pengkhianatan Al-Aqami.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply