Sesiapa yang meminati bidang taktikal akan terbiasa jumpa frasa ini – Molon Labe. Biasanya ia disertakan dengan grafik topi perang Sparta. Grafik yang menarik dan kelihatan agak ganas cenderung membuatkan peminat taktikal memilih ungkapan dan patch bertulis frasa ini sebagai salah satu patch motivasi yang dipercayai mampu menggugat psikologi lawan. Dari mana datangnya frasa ini?

Molon Labe sebenarnya adalah salah satu slogan kesukaan seorang pengkempen hak memiliki senjata, John Hanlin, seorang Sherif dari Oregon, Amerika –  lokasi di mana 9 orang telah terbunuh akibat satu insiden tembakan rambang di kolej komunitinya iaitu Sandy Hook Elementary School. Ia adalah satu laungan kumpulan mengerakkan kempen ini menentang The Second Amendment ( Pindaan Kedua) terhadap rampasan senjata daripada pemiliknya di sana.

Pada Mei 2004 – 6 tahun sebelum beliau dilantik ke U.S. House of Representatives, Allen West – seorang pesara Tentera Darat US dikatakan telah menyampaikan ucapan di hadapan wakil Republican di Boca Raton, Florida. Beliau telah menggunakan kesempatan tersebut untuk bercerita tentang “300 lelaki Spartan yang telah berjuang bermatian menentang angkatan 10,000 tentera Persian semasa pertempuran Thermopylae pada 480 SM.”

Lalu beliau bertanya selepas itu – “Apakah Thermopylae anda? Di manakah anda akan menetapkan pegangan anda?” 3 tahun kemudian, kisah pahlawan Sparta dan Pertempuran Thermopylae yang disebut itu telah menjadi satu letusan budaya pop melalui filem 300 dan laungan Molon Labe mula mendapat perhatian.

Sumber imej: USA Military Medals

Molon Labe (atau ΜΟΛΩΝ ΛΑΒΕ) adalah satu frasa klasik Greek yang membawa maksud “datang dan ambil [mereka],” dikaitkan dengan Raja Leonidas dari Sparta sebagai satu balasan penuh cabaran kepada arahan supaya askar-askarnya meletakkan senjata mereka. Frasa ini kemudiannya digunakan oleh penentang hak pemilikan senjata api sebagai satu cabaran kepada pihak kerajaan untuk merampas senjata mereka. Ia juga adalah tajuk sebuah filem yang telah diterbitkan pada tahun

2013 yang diarahkan oleh James Jaeger dan diterbitkan dengan kerjasama  Oath Keepers, satu kumpulan militia pro-pemilikan senjata yang ahli-ahlinya pernah terlibat ddi dalam pertembungan bersenjata dengan pegawai persekutuandi   Nevada pada tahun 2014. Mengikut rekod, Sheriff Hanlin adalah seorang ahli aktif di dalam kumpulan Oath Keepers tempatan ini.

Poster filem Molon Labe. Sumber:Oathkeepers.org

SPARTA

Walaupun filem 300 dikatakan telah dilebih-lebihkan, hakikatnya, orang-orang Sparta sememangnya berkait rapat dengan budaya kepahlawanan sebegitu, yang pada hari ini, dizahirkan oleh ramai golongan anggota tentera terutamanya daripada Pasukan Khas dari Barat.

Berkekuatan hampir 10,000 orang, tentera Sparta dikatakan jauh lebih maju daripada segi kemahiran dan teknologi berbanding pasukan lain pada waktu mereka. Penduduk Sparta merupakan satu komuniti pahlawan dalam budaya Yunani Kuno dan menjulang kemasyhuran mereka selepas berjaya mengalahkan kota saingan mereka – Athens semasa peperangan Peloponnesia (431-404 B.C.).

Budaya Sparta berkisar sekitar kesetiaan terhadap negeri dan perkhidmatan ketenteraan di mana para lelaki didedahkan kepada budaya ini seawal usia 7 tahun melalui satu program dipanggil Agoge (asal kepada perkataan Pedagogi – merujuk kepada sistem pembelajaran pada hari ini), yang menekakan tugas, dispilin dan ketahanan.

Walaupun wanita Sparta tidak terlibat secara aktif dengan perkhidmatan tentera, kebanyakan daripada mereka didedahkan dengan pendidikan dan diberikan kebebasan yang lebih berbanding wanita-wanita Yunani lain. Memandangkan lelaki-lelaki Sparta adalah tentera profesional, maka kesemua kerja-kerja kasar dilakukan oleh kelas hamba yang dikenali sebagai Helots.

Meski memiliki kekuatan tentera, dominasi Sparta tidak berjalan untuk masa yang lama. Pada tahun  371 SM, mereka telah dikalahkan oleh Thebes di dalam Pertempuran Leuctra, yang disusuli kejatuhan perlahan-lahan negarakota tersebut.

MASYARAKAT SPARTA

Sparta juga dikenali sebagai Lacedaemon, dan jika dibandingkan dengan lanskap hari ini, terletak di daerah selatan Greece dikenali sebagai Laconia. Populasinya terdiri daripada 3 kumpulan utama :

Spartans, atau Spartiates – warga penuh Sparta. Perkataan tersebut membawa masuk kawalan diri, ringkas, berjimat dan sederhana. Malah, perkataan LACONIC yang membawa maksud bernas dan tepat asalnya daripada budaya Sparta, yang sangat menyanjung keberanian bersuara.

Helots – hamba. Juga membawa maksud tawanan, merupakan penduduk Greek juga yang berasal dari Laconia dan Messenia, yang telah ditawan oleh pihak Spartans dan dijadikan hamba. Kehidupan di Sparta tidakmungkin berjalan tanpa golongan ini, yang merupakan petani, pembantu domestik, jururawat dan atendan tentera.

Golongan Spartans yang jumlahnya diatasi oleh Helots, seringkali melayan mereka dengan kasar dan menekan bagi mengelakkan mereka memberontak.  Warga Spartan akan menjatuhkan maruah Helots dengan memaksa mereka melakukan perkara seperti memaksa mereka untuk mabuk dan memalukan diri mereka sendiri di depan khalayak.


Ia juga adalah satu bentuk pelajaran kepada golongan muda Sparta agar tidak berkelakuan sedemikian, memandangkan bagi seorang lelaki Sparta, kawalan diri adalah satu ciri yang sangat disanjung. Adakalanya Helots ini dibunuh kerana menjadi terlalu cergas atau bijak.

Perioeci – bukan warga atau hamba, bekerja sebagai pakar kraf atau pedagang dan membuat senjata untuk golongan Spartans
Kesemua anak lelaki Sparta yang sihat wajib terlibat dengan sistem pendidikan yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan dikenali sebagai Agoge, yang menekankan kepatuhan, ketahanan, keberanian dan kawalan diri dan anak-anak lelaki ini diajar bahwa kesetiaan terhadap negeri mereka adalah mengatasi segalanya – termasuk keluarga sendiri.

Sepanjang Agoge, sehinggalah mereka mencapai usia dewasa, mereka akan tinggal secara berkumpulan. Dikatakan bahawa budaya Sparta menggalakkan pedofilia, di mana golongan lelaki dewasa harus mempunyai hubungan dengan anak didik yang terdiri daripada anak-anak ini sehingga remaja. Ia adalah sesuatu yang memalukan jika seorang lelaki dewasa Sparta tidak melakukan perkara sebegini.

TENTERA SPARTA

Tidak seperti negara kota Yunani lain seperti Athens yang merupakan pusat bagi kesenian, pendidikan dan falsafah, budaya Sparta berkisar sekitar kepahlawanan. Warga lelaki Sparta hanya dibenarkan mempunyai satu saja kerjaya, iaitu sebagai tentera.

Indoktrinasi bermula pada peringkat awal kehidupan mereka. Sebaik dilahirkan, mereka akan diperiksa. Bayi yang tidak mempunyai cukup sifat kepahlawanan atau sakit biasanya akan dibuang dengan cara ditinggalkan di kanyon berdekatan Gunung Tayangetos.

Agoge. Sumber imej: www.larkin.net.au

Sementara bayi tersebut membesar, dia akan hanya diberikan makanan yang sedikit dan kadangkala dimandikan di dalam wain yang dicampur dengan air. Perbuatan tersebut dikatakan dipercayai dapat membentuk sifat dan fizikal yang diperlukan sebagai seorang pahlawan Sparta.

Ia akan diikuti dengan latihan asas di rumah mereka sendiri, sebelum mereka diambil pada usia 7 tahun bagi menyertai sistem latihan Agoge. Kanak-kanak lelaki akan tinggal bersama-sama di dalam keadaan yang sangat sederhana, di mana mereka akan secara berterusan dihadapkan dengan pertandingan fizikal yang berterusan yang melibatkan keganasan, diberikan makanan yang sangat sedikit dan digalakkan untuk mencuri makanan tambahan bagi memehukan perut mereka.

Yang tertangkap kerana mencuri akan dihukum – bukan kerana mencuri, tetapi kerana tertangkap. Ini membekalkan mereka dengan kemahiran survival/mandiri yang sangat tinggi. Pada peringkat ini, budak lelaki Sparta dikenali sebagai paidon.

Antara perkara pertama yang akan dipelajarinya adalah sejenis tarian bersenjata yang dikenali sebagai  pyrriche. Ia adalah satu bentuk latihan yang membolehkan kanak-kanak tersebut mampu bergerak lincah walaupun ketika membawa senjata yang berat. Selain itu, kanak-kanak itu juga akan diajar muzik, lagu perang Tyrtaios, menulis dan membaca.

Pyrriche. Sumber imej : VCoins

Setelah mereka mencapai usia belasan tahun – dikenali sebagai meirakion, latihan mereka akan ditingkatkan. Rambut mereka harus dipotong pendek dan kebanyakan pakaian mereka akan diambil. Spatan percaya bahawa ini akan menjadikan remaja itu lebih kuat kerana mereka terpaksa mengharungi peringkat cuaca.

Katil yang hanya boleh mereka gunakan hanya pada musim dingin sekalipun, terpaksa dibuat sendiri menggunakan mensiang/reeds yang dikutip sendiri oleh remaja itu daripada lembah di Sungai Eurotas. Yang menunjukkan potensi sebagai ketua akan dipilih untuk menyertai Crypteia, yang berfungsi sebagai pasukan polis rahsia yang mempunyai objektif untuk mengawal populasi  Helot dan membunuh mereka yang menimbulkan masalah. Pada usia 20 tahun, lelaki Sparta ini akan menjadi seorang tentera sepenuh masa dan akan terus bertugas sehingga usia 60 tahun.

Disiplin dan latihan berterusan menjadikan pahlawan-pahlawan Sparta ini berkemahiran tinggi di dalam satu stail bertempur yang dikenali sebagai formasi  phalanx , di mana sebuah pasukan tentera berfungsi dalam unit besar secara tersusun dan teratur.

Menggunakan perisai mereka, mereka bergerak secara bersama di dalam formasi ketat di mana setiap anggota unit akan mempertahakan anggota di sebelah kiri mereka daripada paras lutut sehingga ke paras kepala. Tidak ada mana-mana askar yang dianggap berkedudukan lebih tinggi daripada yang lain.

Tentera Sparta, dikenali sebagai hoplite, tidak dibenarkan untuk bekerja untuk wang. Setelah mencecah usia 30 tahun, mereka akan diberikan sebidang tanah yang akan diusahakan oleh hamba yang diberikan oleh kerajaan dan hasil daripada tanah itu yang akan menyara seorang Spartan sepanjang hidupnya.

Seorang hoplite – semasa pergi berperang, memakai helmet yang diperbuat daripada tembaga, pelindung dada dan pelindung buku lali, membawa perisai berbentuk bulat yang diperbuat daripada gangsa dan lembing kayu panjang serta pedang. Identiti mereka juga merangkumi rambut panjang dan jubah merah.

Helmet Sparta.

A) Perisai

Selepas abad ke-6 SM, perisai yang dikenali sebagai aspis (atau ‘hoplon’) telah melalui modifikasi struktur dengan lapisan penutupnya diperbuat daripada tembaga. Komponen kayu atau kulit yang menyokongnya di bahagian bawah juga dilapiskan, membolehkannya mempunyai lebih lenturan dan kekuatan.

Sepertimana perisai scutum dari Rom, aspis digunakan sebagai senjata untuk menghentam pada jarak dekat. Selain sebagai senjataia juga mempunyai fungsi simbolik sepertimana lembing, kepada seorang hoplite.

Seorang hoplite yang menuju ke arah pertempuran aka dipesan supaya kembali ‘either [with] it [your shield], or on it’ ( samada dengan persaimu (hidup) atau di atasnya (mati). sesiapa yang kehilangan perisanya akan dihukum dengan tegas, kerana seperti yang dikatakan oleh Raja Demaratos, perisai-perisai lain hanya melindungi pemakainya, tetapi perisai tempur adalah untuk manfaat keseluruhan barisan – merujuk kepada keutamaan integriti formasi phalanx

Contoh aspis. Sumber imej: Devianart

B) Pedang

Menjelang abad ke-5 SM, tentera Yunani secara umumnya meninggakan perisai tubuh mereka yang berat bagi memberikan ruang untuk lebih mobiliti. Pada masa yang sama, pedang yang digunakan oleh askar Sparta, dikenali sebagai xiphos, menjadi lebih pendek dan boleh disamakan dengan pisau tempur sahaja.

Ia memberikan kelebihan taktikal di mana ia digunakan untuk menikam musuh di bahagian perut dan kelengkang berbanding pedang Greek yang lebih panjang yang digunakan untuk menetak musuh di bahagian kepala.

Xiphos. Sumber imej: Zombie Tools

Kelebihan ini adalah siring dengan perisai tubuh linothorax Spartan yang lebih ringan berbanding cuirass yang ternyata lebih berat. Pedang pendek berfungsi sebagai senjata sekunder untuk mencederakan lawan pada jarak lebih dekat yang diperolehi melalui peningkatan mobiliti.

C) Jubah

Mengikut Xenophon, jubah merah dan perisai tembaga yang dibawa oleh askar Sparta telah diwajibkan ke atas mereka oleh Lycurgus – seorang pembuat undang-undang. Menurut Lycurgus, warna merah tersebut adalah yang paling kurang sifat kewanitaan manakala tembaga pula lambat hilang kilauannya.

Menurut Plutarch, warna merah ini mungkin mempunyai kesan psikologi ke atas musuh dan di waktu yang sama, melindungi kecederaan yang dialami oleh seorang askar Sparta.  Pada masa yang sama, dikatakan warna merah ketika itu dianggap adalah satu pewarna yang mahal.

Xenophon juga bercakap tentang bagaimana seorang askar harus berpakaian terbaik ketika bertempur, manalah tahu kalau-kalau mereka dikurniakan kejayaan. Jadi, tentera yang berjuang itu boleh pulang dengan penuh kehebatan. Sekiranya mereka mati sekalipun, sekurang-kurangnya, mereka mati dalam keadaan yang kelihatan elok.

Cara jubah Sparta diikat ke badan.

D) Rambut panjang

Seorang meirakion akan dipaksa memotong pendek rambutnya semasa  agoge. Namun, menurut  Xenophon, sebaik seorang lelaki Sparta menjadi dewasa ( sekitar usia 21), dia akan dibenarkan malah digalakkan, untuk menyimpan rambut panjang kerana golongan tua berpendapat memiliki rambut panjang menmbuatkan seseorang kelihatan lebih tinggi dan sekaligus, lebih hebat di medan tempur.

Menurut lutarch pula, rambut panjang menjadikan seorang lelaki yang kacak kelihatan bertambah kacak, dan seorang yang buruk rupanya menjadi lebih menakuntukan – kedua-duanya memiliki nilai psikologi di dalam pasukan tentera Sparta.

Juga, rambut panjang memiliki perkaitan dengan kebebasan di dalam lingkungan  Lakedaimonian Arkaik, memandangkan banyak tugas-tugas yang dianggap sebagai perkhidmatan tidak dapat dilakukan dalam keadaan seseorang itu berambut panjang .

E) Fire-bearer/ pembawa jamung

Meskipun mempunyai sifat ‘laconic’ , pasukan tentera Sparta sangat mempercayai simbolisme dan kepercayaan tahyul. Sebelum sesuatu pertempuran, seorang raja Sparta akan menjalankan korban bintang sebelum permulaan kempen di luar sempadan Sparta. Api semasa korban persembahan ini akan dibawa oleh seorang pembawa jamung atau  pyrphorus, sehingga ke sempadan.

Api itu akan sentiasa menyala sepanjang pergerakan pasukan, dan diikuti oleh segerombolan binatang peliharaan seperti kambing. Antara binatang ini,  atoiades (biasanya kambing betina), akan dipilih sebagai korban utama untuk dewi Artemis Agrotera. Api tersebut juga digunakan untuk tujuan memasak dan memasang unggun oleh askar yang sedang bergerak itu.

F) Sajak, himn dan pertandingan nyanyian semasa pertempuran

Seorang askar Sparta menghabiskan masanya dengan latihan. Pada waktu rehat, mereka akan duduk bersama-sama dan menyanyikan himn. Kadangkala, nyanyian ringkas sebegitu bertukar menjadi satu pertandingan di mana setiap orang akan dipanggil untuk menyanyikan lagu karangan Tyrtaios.

Kemudian, seorang polemarchoi (pemegang gelaran senior tentera ) akan memutuskan siapa pemenangnya dan hadiahnya adalah sekeping daging yang bagus potongannya. Nyanyian walaubagaimanapun, ia tidak hanya terhad kepada kem semata.

Sebelum permulaan sesuatu pertempuran, si raja akan sekali lagi menjalankan korban untuk dewi Artemis. Pegawai tentera Sparta kemudian akan mengumpulkan semua hoplites dan barisan mereka akan mula maju ( dengan beberapa orang memakai kalungan di atas kepala mereka), sementara sang raja akan mula menyanyikan salah satu lagu karangan Tyrtaios.

Baginda akan diiringi oleh peniup seruling yang akan memainkan irama yang biasa didengari, bagi mengiringi perjalanan pasukan tersebut. Mengikut  Thucydides, lagu dan irama tersebut memastikan pergerakan pasukan adalah mengikut aturan, yang merupakan sebahagian daripada taktik pertempuran – memandangkan cara tempur Greek mengutamakan pasukan mereka menghampiri musuh dalam barisan yang utuh dan tidak terpecah.

G) Arceri/memanah

Disebabkan oleh kegemaran mereka kepada taktik pertempuran jarak dekat, tentera Sparta tidak memberikan sebarang kepentingan kepada memanah. Ia dianggap sebagai satu sifat kewanitaan.

Malah, terdapat bukti bahawa mereka lebih rela menyerah berbanding bertempur dengan musuh yang menggunakan panah, seperti satu insiden pada tahun 425 BC, apabila keseluruhan satu garison Sparta menyerah diri selepas serangan panah oleh musuh, kerana bagi mereka, ia tidak membawa kepada satu kematian yang mulia.

Walau bagaimanapun, jauh selepas itu, pasukan Sparta terpaksa juga menggunapakai taktik lain, termasuk menggunakan pemanah bagi pasukan mereka. Namun, kemungkinan kebanyakan pemanah ini adalah daripada kalangan askar upahan dari  Crete.

H) Sifat penakut

Satu tuduhan bahawa seseorang lelaki Sparta menunjukkan sifat pengecut sudah cukup untuk membuatkan dia dijatuhi hukuman oleh kerajaan di mana dia tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan di dalam negara Sparta. Sekiranya tuduhan itu terbukti, orang tersebut akan dihalang daripada menjalakan sebarang kontrak atau perjanjian. Dia akan dipaksa memakai jubah khas yang berwarna-warni dan mencukur sebahagian daripada janggutnya.

Kebiasaannya, tindakan ini mendorong kepada si tertuduh mengambil tindakan membunuh diri akibat malu, termasuk menggantung diri atau sengaja mati dalam pertempuran seterusnya. Antara kelakuan yang dikatakan menunjukkan sifat pengecut adalah menyerah diri semasa pertempuran atau terlepas mengikut pertempuran.

I) Hamba atau pejuang hoplite

Adakalanya golongan helot diambil juga sebagai pejuang di dalam pasukan tentera Sparta. Antara contohnya adalah semasa kempen Plaataea , di mana pasukan Sparta telah merekrut lebih daripada  30,000 orang helot bersenjata untuk mengiringi  10,000  hoplite.

Mereka membawa senjata ringan dan menjadi bantuan semasa peperangan itu berlaku. Walaubagaimanapun, menjelang waktu Peperangan  Peloponnesia, Sparta aktif merekrut dan melatih hoplite helot .

Malah, kumpulan pertama telah dibebaskan sebaik mereka kembali daripada kempen Thracia yang berlangsung hampir 3 tahun sekitar 421 BC. Sementara itu, askar yang tinggal di Sparta menggunakan neodamodeis atau penduduk baru, kumpulanlain hoplite helot yang telah dilatih dengan lebih baik.

Trend ini berlarutan pada waktu-waktu tertentu dengan kebanyakan neodamodeis diberikan tanah di sepanjang sempadan negara. Walaubagaimanapun, yang lebih dihargai oleh mereka adalah pembebasan, dan ni terbukti semasa Pertempuran Leuctra, di mana mengikut Xenophon, Sparta menawarkan kerakyatan kepada mana-mana helot yang menawarkan diri untuk perkhidmatan semasa perang tersebut. Lebih 6000 hamba abdi telah menyertai perkhidmatan tersebut…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Comments are closed.