Perang Musim Sejuk (1939-1940) antara Finland dan Kesatuan Soviet menjadi ladang tempur Simo Häyhä, seorang sniper Finland. Pertempuran Kolkaa yang berlaku dalam suhu yang sejuk nak mampus antara 40°C ke −20 ° C. Nak perang pun pakai selimut.
Soviet keluar bertempur tanpa sut penyamaran putih yang membuatkan diorang senang dilihat. Memang free-free jadi makanan sniper.
Sebelum perang, Häyhä hanyalah seorang petani di Rautjärvi berhobikan bermain ski, menembak dan memburu. Rakyat Finland diwajibkan menyertai tentera pada usia 20 tahun, perkara sama yang dilakukan Häyhä di usia tersebut.
Kemahiran menembaknya power secara tak sengaja sebab selalu buru burung di tanah lapang dan hutan pain. Pengalaman memburu Häyhä mengajarnya membaca pergerakan sasaran dan menggunakan kelebihan bentuk muka bumi. Malah bapanya mengajar cara anggar jarak serta kesan angin dan hujan sebelum menembak.
Mengikut perkiraan sejarawan ketenteraan Finland Robert Brantberg, Häyhä menembak mati 542 tentera Soviet, dalam dokumentari Häyhä tertulis 505 tentera. Semua yang dia bunuh ni tak sampai 100 hari. Puratanya 5 orang setiap hari walaupun siang di Finland tak lama.
Rifle M/28-30 bernombor siri 60974 menjadi sahabat beliau yang berketinggian 1.6m. Rifle ni merupakan versi pendek “Pystykorva” yang digunakan Finnish White Guard.
Häyhä gemar guna “iron sight” berbanding “telescopic sight” yang akan memantulkan cahaya sekaligus mendedahkan lokasi sniper. “Telescopic sight” senang kabur dalam sejuk.
Häyhä juga kerap bina benteng salji untuk menyorok dan mengalas senapang. Beliau kemam salji dalam mulut semasa menembak untuk elak nafas berwap yang dapat dilihat musuh.
Macam-macam cara Soviet buat nak lenyapkan Häyhä dari muka bumi. Antaranya menghantar sniper dan hujan peluru meriam. Paling kuat pun Soviet hanya mampu sentuh rahang kiri Häyhä dengan peluru letupan pada 6 Mac 1940.
Rakan-rakan Häyhä menyelamatkannya. Häyhä kembali sedar pada 13 Mac ketika gencatan senjata diisytiharkan. Häyhä tak lama kemudian dinaikkan pangkat dari Alikersantti (sarjan) kepada Vanrikki (Leftenan 1) oleh Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim.
Häyhä menjadi penternak anjing dan penembak rusa selepas Perang Dunia Kedua. Beliau selalu memburu bersama Presiden Finland, Urho Kekkonen. Kecederaan di muka Häyhä menjalani 26 pembedahan dan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih.
Häyhä meninggal dunia pada usia 96 di rumah jagaan veteran perang di Hamina, Finland pada tahun 2002.
Oleh: Azizul Farhan
…
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah! Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua