Istilah Megalodon ini sendiri bermaksud gigi gergasi diambil daripada bahasa Yunani. Besar giginya sahaja dah hampir 3 kali ganda gigi jerung putih. Namun sangat disayangkan makhluk ini telah pupus dari muka bumi. Megalodon terawal mungkin hidup sekitar Zaman Miosen Awal iaitu 23 juta tahun dahulu hingga Zaman Pliosen iaitu 2 juta tahun dahulu.
Ada beberapa fakta menarik yang mungkin korang belum tahu mengenai Megalodon ni.
1. Tinggalan fosil Megalodon pernah disalah anggap sebagai lidah naga
Sebelum manusia menyamakan gigi fosil megalodon dan gigi jerung moden, sarjana menganggap fosil gigi ini datang dari hujung lidah naga. Pada abad ke-17, ramai manusia yang kumpul batu-batu fosil ni sebab dikatakan ada manfaat dari segi perubatan dan sebagai tangkal nasib.
Tinggalan fosil megalodon ditemui di kebanyakan pesisir pantai dan kawasan pentas benua di semua benua di dunia kecuali di Antartika.
2. Ikan terbesar yang pernah diketahui wujud
Saintis yang mengkaji berkenaan megalodon percaya bahawa megalodon berpotensi untuk capai saiz gergasi sehingga 20 meter. Benda ni dipengaruhi oleh hukum alam yang dikenali sebagai Bergmann’s Rule. Haiwan yang besar selalunya ditemui di kawasan iklim sejuk dan haiwan yang kecil ditemui di kawasan iklim panas.
3. Tumbesaran Megalodon dipengaruhi oleh tabiat kanibalisme semasa dalam rahim ibunya
Saiz Megalodon yang besar memberi tekanan kepada Megalodon betina untuk guna tenaga. Jadinya, Megalodon betina akan makan banyak untuk tampung balik tenaga yang hilang. Saiz anak dalam perut dia pun membesar sekali.
Anak Megalodon yang dah menetas akan makan telur-telur yang belum menetas untuk membesar. Kalau tak cukup, dia akan makan megalodon yang lain sampailah hanya tinggal beberapa ekor yang sihat untuk dilahirkan.
Oleh: Azizul Farhan
…
Megalodon ni antara salah satu unsur prasejarah yang wujud dalam novel TERHEMPASNYA PESAWAT MH747. Kalau korang tertarik nak baca, boleh klik link ni: https://bit.ly/41q2laQ