Kepada peminat The Beatles, korang semua pasti kenal siapa Paul McCartney. Menariknya adalah dia seorang sangat berjimat cermat. Padahal duit dia berkepuk-kepuk.
Persoalannya apa sifat berjimat cermat Paul McCartney yang boleh kita contohi?
Dulu Paul McCartney ni pernah bertekak dengan anak dia. Sebab dia tak nak hantar si anak tu ke sekolah swasta. Dia lagi rela hantar anaknya ke sekolah kebangsaan, lebih jimat katanya.
Malah kalau Paul McCartney pergi ke luar negara ataupun naik kapal terbang, dia lagi suka beli tiket seat ekonomi. Sebab lebih murah dan Paul McCartney faham kenderaan hanyalah medium sahaja. Beli mahal dan beli murah pun sampai jugak.
Sifat berjimat cermat Paul McCartney bukan baru bermula masa dia dah tua. Sebab dah mula sejak dia main dengan The Beatles lagi. Ketika kawan-kawan yang lain buat loan beli gitar, dia tenang je beli gitar bass second hand di kedai bundle. Yang penting jimat dan tak pening kepala nak bayar bulan-bulan.
Masalahnya kenapa Paul McCartney suka berjimat cermat?
Buat pengetahuan semua, Paul McCartney lahir dekat bandar yang merupakan home kepada bakal juara EPL. Masa dia kecil, bandar tu merupakan rumah kepada golongan kelas pekerja ataupun B40.
Sejak kecil lagi, Paul McCartney dah terbiasa nampak B40 dekat sana berjimat cermat. Semuanya sebab perang dan persediaan untuk hadapi tekanan ekonomi. Masa tu semua orang lebih kurang je, B40 dan suka berjimat.
Perkara itulah yang membentuk Paul McCartney. Lepas ni kalau jumpa member korang yang jenis kedekut ni, jangan hentam terus. Mungkin dulu dia hidup bersekitaran yang susah dan suka berjimat.
Dia mungkin sudah terbiasa jadi kedekut dan berjimat. Korang pulak kena ajar dia macam mana nak belanjakan duit dengan betul dan nilai sesuatu barang pada diri. Barulah dia berubah.
—-
Kalau korang nak berjimat cermat macam Paul McCartney, apa kata jom baca buku BANGSA ENAM ANGKA. Cepat dapatkan di https://s.shopee.com.my/60BBFQltuD
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.