Sejak kehadiran JDT, kelab Malaysia mula serius untuk beraksi di Asia. Antaranya macam KL City yang membuktikan mereka juga mampu bersaing di Asia sehingga menjadi naib juara.
Jadi macam mana KL City boleh jadi naib juara Piala AFC 2022?
Pada mulanya KL City tidak diletakkan sebarang harapan untuk pergi jauh dalam Piala AFC 2022. Sebab dalam Liga Super 2021, KL City hanya berada di tangga keenam.
Tapi kena ingat dalam masa yang sama KL City berjaya julang Piala Malaysia. Bahkan dapat mengayam-ayamkan kelab paling power di Malaysia.
Memasuki perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala AFC, KL City hanya mampu seri je dengan PSM Makassar. Secara tak langsung beri KL City tekanan untuk layak ke zonal semifinal.
Di perlawanan kedua menentang Tampines Rovers, KL City menang 2-1 lantas layak ke zonal semifinal sebagai naib juara kumpulan. Di zonal semifinal, KL City terpaksa berhempas pulas untuk bertahan sebelum dapat kalahkan Viettel FC dengan sepakan penalti.
Memasuki zonal final, KL City dengan mengajar PSM Makassar cara bermain bola sepak dengan betul. Memasuki inter-zone play-off semi-finals, KL City perlu berhadapan dengan ATK Mohun Bagan. Ajaibnya KL City berjaya menang dengan keputusan 3-1.
Tiba di inter-zone play-off final, barulah cabaran bermula sebab KL City perlu berhadapan dengan kelab Asia Tengah ataupun Asia Barat. Biasanya kelab dari Asia Tenggara dan Asia Selatan mesti akan kalah dengan jaringan besar.
Bezanya dengan KL City adalah deme berjaya mengalahkan Sogdiana Jizzakh yang merupakan kelab dari Uzbekistan. Biarpun hanya menang dalam penalti, itu sudah cukup membawa KL City ke final.
Kelab tu pun semput nak kalahkan kelab Kuwait. Nasib baik FIFA haramkan kelab Kuwait sebab kerajaan deme campur tangan dalam persatuan bola sepak.
Ketika final, taktikal yang digunakan oleh KL City ketika menewaskan JDT, Viettel FC dan Sogdiana Jizzakh tidak menjadi. Di mana KL City akan bertahan kaw-kaw sampai pemain lawan penat, separuh barulah deme akan menyerang.
Tapi semasa berhadapan Al-Seeb di final, kelab tu awal-awal dah jaringkan 2 gol semasa separuh masa pertama. Nak tak nak, KL City kena main lebih terbuka di separuh masa kedua. Hasilnya kalah 3 berbalas telur.
Apa-apapun KL City dah buktikan kelab selain JDT juga mampu bersaing di Asia. Paling penting jangan pecat jurulatih semasa berada di tempat teratas. Kepada kelab lain, bila mahu beri saingan di Asia?




No comments yet