Kepada yang layan EPL, korang mesti kenal N’Golo Kante. Apa yang menariknya Kante tak bermewah-mewah macam pemain bola sepak lain. Sebab dia jenis berjimat cermat.
Jadi apa sifat berjimat cermat Kante yang boleh kita contohi?
Bagi sesetengah orang, miliki kereta mahal ataupun import adalah satu impian. Tapi berbeza pulak dengan Kante. Sebab dia tak fikir pun miliki kereta mewah tu satu kebanggaan.
Buktinya masa main dekat Leicester City, Kante rilek je pakai mini co0per. Padahal gaji dia seminggu nak dekat £290,000. Dengan gaji sebanyak itu boleh je dia pakai Honda ketam.
Kante punya rakan sepasukan iaitu Jamie Vardy sampai naik pelik. Jamie Vardy siap tanya lagi dekat Kante “ngape aok masih guna kete mini cooper rodong?”
Bayangkan Kante yang gaji punya banyak pun pakai mini cooper je. Sedangkan member yang lain dah pakai sport car. Bukan macam kita, nampak member pakai Y16 tayar sotong ekzos paip. Terus menggelupur nak pakai jugak.
Masalahnya kalau betul Kante ni jenis berjimat cermat, kenapa dia pindah ke Arab Saudi? Sebab gaji dia dekat sana €100 juta semusim. Setakat RS150 tayar sotong, pejam mata je Kante beli.
Kante beraksi dekat Arab Saudi adalah untuk bantu orang yang lebih memerlukan. Sebab dengan gaji yang Kante dapat, dia boleh bangunkan sekolah, hospital dan padang bola sepak untuk orang kampung bapanya di Mali.
Kante berharap sumbangan kecilnya itu mampu mengubah nasib penduduk kampung terutamanya yang berminat dengan bola sepak. Dekat sini Kante faham bahawa dalam rezeki dia ada rezeki orang lain.
Sebab itu jangan sesekali tuduh orang jadi miskin sebab dia malas. Mungkin dia dah banyak sangat berusaha tapi tak berhasil. Korang pulak direzeki untuk berjaya. Maka tolonglah orang sekeliling.
Contohi Kante yang cuma pakai kereta murah dan gunakan gajinya untuk bangunkan komuniti di negara Mali.
—-
Kalau korang nak jadi pemurah dan berjimat cermat macam Kante, apa kata jom baca buku BANGSA ENAM ANGKA. Cepat dapatkan di https://s.shopee.com.my/9A9A567V00




No comments yet