Kepada yang layan bola sepak Eropah, korang mesti kenal Athletic Bilbao. Kelab ni boleh dikatakan sebagai kelab paling Asobiyyah di Sepanyol.
Sebab hanya anak jati Basque Country je yang dibenarkan bermain di Athletic Bilbao. Kenapa boleh jadi macam gitu pulak?
Rasanya semua sedia maklum yang Athletic Bilbao memiliki polisi mementingkan anak jati sejak 100 tahun lepas. Malah nak beli pemain baru, dia mesti adalah anak jati Basque Country.
Benda ni bukan terpakai dekat bola sepak je, sebab terpakai juga dalam kehidupan orang Basque. Buat pengetahuan semua orang Basque berbeza dengan orang Sepanyol.
Macam mana tu, nampak pelik semacam?
Buat pengetahun semua, apa yang kita panggil sebagai orang Sepanyol sebenarnya merujuk kepada mereka yang berasal daripada wilayah Castile dan Leon. Wilayah lain tak pernah merujuk diri mereka sebagai orang Sepanyol. Sebab bahasa dan kebudayaan pun dah sangat berbeza.
Kalau berbeza, macam mana boleh ada dalam negara Sepanyol pulak?
Orang Basque dikatakan telah wujud sejak era neolitik di utara Sepanyol dan selatan Perancis. Deme tidak pernah ada pemerintahan sendiri sehingga ditakluk oleh Rom pada 196 B.C.
Penaklukan tersebut tak beri kesan kepada orang Basque sebab deme masih lagi boleh guna bahasa dan amalkan kebudayaan deme. Selepas Rom runtuh, wilayah orang Basque duduk di bawah pemerintahan Visigoth.
Semasa kehadiran Islam di Sepanyol, wilayah orang Basque bersama-sama Asturias berjaya menghalang penaklukan Umayyah ke utara. Sayangnya orang Basque masih lagi tak ada kerajaan sendiri.
Sebab deme diperintah oleh Kingdom of Navarre. Dalam yang sama memang ada orang Basque yang berjaya jadi raja iaitu Count Cassius. Cuma masa tu dia peluk Islam lantas menubuhkan dinasti Banu Qasi yang terletak di utara Navarre hari ini.
Selepas pakatan Castile-Leon berjaya menghalau Islam daripada Sepanyol, wilayah orang Basque dalam Kingdom of Navarre tunduk kepada deme. Wilayah lain sepeti Asturias, Galicia, Aragon & Catalan juga tunduk kepada Castile-Leon. Hal itu kekal sehingga negara Sepanyol terbentuk.
Masalah mula timbul apabila kerajaan Sepanyol telah mengharamkan orang Basque menggunakan bahasa dan budaya mereka. Siapa yang degil memang kena rodok. Perkara ni membuatkan pihak pemisah dan militan muncul di Basque Country.
Pada akhirnya Sepanyol mengalah lantas memberikan autonomi kepada Basque Country. Bahkan Sepanyol mengiktiraf budaya orang Basque berbeza dengan orang Castile-Leon.
Dekat sini kalau korang perhatikan saingan Laliga tu memang ada kaitan dengan sejarah. Sama macam Athletic Bilbao yang terletak di Basque Country. Kehadiran deme melambangkan kebanggaan anak jati Basque Country.
Kalau nak tahu lebih banyak tentang Basque, Asturias, Galicia, Aragon, Catalan & Castile-Leon, sila baca KITAB TAMADUN EROPAH. Boleh dapatkan di https://s.shopee.com.my/7KhO5hsd6H

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.