Kebanyakkan kelab biasanya akan beli pemain dengan harga yang mahal untuk dapatkan trofi. Tapi beza pulak dengan Ajax Amsterdam. Sebab deme rilek je jual pemain utama.
Malah fans Ajax tenang je tengok pemain deme berpindah. Kalau dekat sini, habis kena cemuh tak setia dan tak nak bermain demi lencana di dada.
Nampak macam Ajax ni berjimat cermat. Jadi apa yang kelab Malaysia boleh belajar daripada Ajax?
Mudah je iaitu utamakan bakat tempatan. Nanti ada yang kata kelab lain dekat Malaysia ni dah lama buat. Tapi bezanya kelab kita ni cuma ambil kredit daripada sekolah sukan negeri untuk deme letak dekat skuad muda.
Berbeza pulak dengan Ajax. Sebab deme latih pemain sejak umur 9 tahun di Akademi De Toekomst. Paling menarik sekali ada sekolah dalam akademi deme. Maknanya pemain muda tak ada masalah untuk belajar dan berlatih bermain bola.
Ditambah lagi dengan fasiliti yang begitu moden, deme mudah untuk hasilkan berlambak-lambak pemain. Sebab tu deme tak kisah sangat jika seseorang pemain itu. Sebab banyak lagi pemain yang boleh deme hasilkan.
Seterusnya Ajax ni jenis sedar diri. Bukan jenis orang pakai 18 import, dia pun nak pakai. Sebab bajet Ajax untuk semusim agak rendah berbanding pasukan-pasukan di EPL dan LaLiga.
Deme pun tak dapat nak buat untung sangat melalui hak penyiaran sebagaimana liga utama Eropah yang lain. Dekat sini dah ada masalah. Sebab pemain cemerlang Ajax pasti akan minta kenaikan gaji ketika sign kontrak baru.
Masa ni lah Ajax menunjukkan deme ni sedar diri. Kalau tak mampu layan naik gaji, jual je dekat pasukan elit Eropah. Dengan cara ini deme menjana begitu banyak untung.
Korang bayangkan je lah, pelawak yang cuma tahu berpusing-pusing pun deme mampu jual dengan harga €100 Million. Macam kelab lain bila pemain deme hilang, terus lumpuh dan kurang mampu beri saingan.
Ajax pulak lain sikit sebab deme terus bangunkan pemain lain dan moveon dengan pemain lama. Kalau pemain baru tu power, boleh jual dengan harga mahal.
Selain itu, pemain-pemain Ajax ni pun nak merasa juga perlawanan yang lebih keras dan meriah. Ye lah liga Belanda tu agak kecik berbanding liga lain. Kalau nak cabar diri, memang kena pergi ke LaLiga & EPL.
Tapi Ajax ni bukanlah tak beli pemain lain langsung. Contohnya macam bakal penjaring terbanyak EPL iaitu Anthony, Ajax beli dari Sao Paulo dengan harga €15.75m. Cuma deme beli dengan harga yang lebih murah berbanding deme jual.
Apa-apapun nasiblah jika pemain yang Ajax jual ni tak menjadi dekat kelab lain. Mungkin sebab perbezaan taktikal.
—
Kalau korang nak berjimat cermat, nak tahu macam beli murah dan jual mahal macam Ajax Amsterdam, apa kata jom baca buku BANGSA ENAM ANGKA. Cepat dapatkan di https://s.shopee.com.my/703oxxO51Z




No comments yet