Malaysia bakal catat sejarah sebagai negara ASEAN pertama yang bangunkan bandar wakaf di Gaza.

Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza ni ialah usaha besar untuk pastikan rakyat Palestin terus bertahan selepas dilanda konflik!

[Apa Itu Bandar Wakaf Malaysia-Gaza?]

Bandar Wakaf Malaysia-Gaza akan dibangunkan di Khan Younis, kawasan yang musnah teruk akibat serangan Israel.

Projek ni dapat sokongan penuh PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal dilaksana selepas bulan Ramadan.

Dengan keluasan 87 ekar tanah wakaf yang telah dimeterai sejak Februari 2023, bandar ini bakal menempatkan 14 blok apartmen wakaf, mewakili setiap negeri di Malaysia & sebuah masjid berkembar mirip Masjid Shah Alam sebagai simbol keprihatinan Malaysia terhadap Palestin.

Selain itu, projek ini turut merangkumi pembinaan sebuah Sekolah Malaysia di Gaza yang ditaja oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang diketuai oleh Muhammad Nadir Al-Nuri.

Infrastruktur lain turut dibangunkan seperti dapur komuniti Malaysia Central Kitchen yang ditaja oleh JAKIM dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Dapur ini akan menyediakan makanan kepada penduduk setiap hari dan memastikan tiada sesiapa yang kelaparan.

Premis perniagaan di bawah program Mikro-Kredit Khardul Hasan juga akan dibina untuk membantu rakyat Gaza membina ekonomi mereka sendiri, sementara sebuah klinik kesihatan serta menara tangki air akan memastikan akses kepada perkhidmatan perubatan dan air bersih yang mencukupi.

[Komitmen dan Solidariti Malaysia]

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Sani Araby tegaskan bahawa projek ini bukan sekadar bantuan semata-mata, tetapi satu bentuk pembangunan mampan yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Gaza.

Malaysia berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan dan keadilan, malah usaha ini juga mencerminkan kesepaduan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dalam membantu Palestin.

Setakat ini, projek tersebut berjaya kumpulkan dana wakaf sebanyak RM40 juta,dan jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM120 juta.

Dana diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan wakaf, serta NGO.

Antara negeri yang menyumbang dalam projek ini ialah Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Melaka dan Pulau Pinang.

Sultan Selangor turut beri perkenan dengan lancarkan Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza pada Mac 2024 sebagai tanda sokongan terhadap projek ini.

Tambahan pula, Malaysia turut bekerjasama dengan Jepun menerusi Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) yang bertujuan mempercepatkan pembangunan semula Gaza dengan menubuhkan dana khas bagi menyokong wilayah yang musnah akibat peperangan.

[Lebih Daripada Sekadar Bantuan]

Sejak bertahun-tahun, Malaysia laksanakan pelbagai misi kemanusiaan seperti Ops Ihsan, penghantaran bantuan 100 kontena MAPIM serta misi khas untuk merawat pesakit Gaza di Malaysia.

Namun, projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza ini adalah satu langkah lebih besar. Ia bukan hanya mengenai bantuan segera, tetapi mengenai membina semula kehidupan.

Malah, MAPIM dan rakan sinerginya seperti CGM serta Gagasan MyAqsa Defender telah membina 10 masjid di Gaza dan membaik pulih hospital, sekolah serta rumah penduduk sebagai persiapan ke arah projek lebih besar ini. Namun ada diantaranya yang sudah musnah akibat serangan Zionis.

Bandar Wakaf Malaysia-Gaza adalah kesinambungan kepada usaha ini.

Dengan adanya bandar ini, rakyat Palestin akan ada tempat tinggal yang lebih selamat, akses kepada pendidikan dan kesihatan serta peluang ekonomi yang lebih baik.

___

Untuk korang yang nak tahu sejarah lengkap Palestin dari seawal kisah Bumi Anbiya’ hingga ke konflik Tufan Al-Aqsa, dapatkan sekarang buku PALESTIN: DARI SUNGAI KE SEGARA sementara stok masih ada!

Buku ni dah hampir 5000 cetakan tak sampai sebulan!

https://s.shopee.com.my/60BgpX7SwG


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.