Ramai yang ingat Francis Light yang buka Pulau Pinang pada 1786. Percayalah ianya hanya cerita dongeng ciptaan Inggeris.

 

Tapi ramai sebenarnya yang tak tau Datuk Jenaton Labu, Nakhoda Nan Intan, Nakhoda Kechil dan Datuk Setia sebenarnya yang membuka Pulau Pinang sekitar tahun 1730-an.

 

Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, penulis buku Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang, seawal abad ke-18 beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Batu Uban dan Gelugor dah diduduki orang Melayu.

 

Batu Uban dibuka sekumpulan orang Melayu berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera diketuai Mohamad Salleh atau Nakhoda Nan Intan, manakala Gelugor pula diterokai Dato’ Jenatun ibni Raja Labu serta pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749.

 

Tanah seluas kira-kira 40 hektar yang diterokai Dato’ Jenatun di Gelugor merupakan pemberian Sultan Kedah masa tu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll.

 

Untuk hargai semula kurniaan Sultan Kedah, Dato’ Jenatun hadiahkan 10 buah naskah al-Quran bertulisan tangan yang dibawa dari Pagar Ruyong.

 

Batu Uban merupakan penempatan dan pelabuhan terawal sebelum bermulanya era kolonial Pulau Pinang pada tahun 1786.

 

Antara bukti paling jelas ialah Masjid Batu Uban yang dibina sekitar tahun 1734 yang merupakan masjid tertua di Pulau Pinang.

 

Masjid Batu Uban diasaskan oleh Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734 yang berasal daripada Kampung Buadi, Paya Kumboh, Sumatera dan ada hubungan dengan kerabat diraja Minangkabau.

 

Menurut Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Nakhoda Nan Intan merantau ke Pulau Pinang bersama dua lagi bahtera dan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil).

 

Setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II, beliau pun membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan.

 

Masyarakat awal di Pulau Pinang dahulu menjalankan aktiviti-aktiviti harian dengan penanaman kelapa, lada dan tebu.

 

Selain Pulau Pinang yang dah ada penempatan orang Melayu lama sebelum kedatangan Francis Light, pulau tu pun sememangnya di bawah pemerintahan Kesultanan Kedah.

 

Francis Light sebenarnya tak menemui Pulau Pinang tetapi mengambil Pulau Pinang dari Kesultanan Kedah dengan cara memungkiri perjanjian sesuka hati.

 

Georgetown yang kononnya dibuka oleh Francis Light dan menjadi ibu negeri Pulau Pinang pun merupakan sebuah penipuan sejarah oleh penjajah.

 

Nama sebenar Georgetown adalah “Tanjung Penaga” sebelum ditukarkan British dan sebab itu masih ada segelintir orang tua pada hari ini masih panggil Georgetown dengan nama “Tanjung.”

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tuduhan-tuduhan pasal sejarah Melayu makin merepek di media sosial? Inilah masanya untuk korang dapatkan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU I & II untuk betulkan persepsi korang!

 

https://shope.ee/6ALDx8GYPJ

https://shope.ee/4Aa9ZToIe2


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply