Korang ingat tak Malaysia pernah adakan perlawanan persahabatan menentang Zimbabwe pada 2009?

 

Kalau korang nak tau, perlawanan ni sebenarnya terlibat dalam satu skandal mengatur perlawanan bernama Asiagate.

 

Eh? Apa yang jadi sebenarnya?

 

Sekitar Ogos 2007 hingga Januari 2010 pasukan kebangsaan Zimbabwe dan kelab-kelab dari Zimbabwe banyak adakan “tour” terutamanya di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara dan diorang dibayar untuk kalah.

 

Sindiket ni akhirnya terbongkar apabila Suruhanjaya Sukan dan Rekreasi Zimbabwe arahkan satu penyiasatan terhadap pasukan kebangsaan diorang yang lawan Malaysia tanpa izin rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Zimbabwe (ZIFA).

 

Eh boleh pulak macam tu?

 

Sebenarnya, yang lawan Malaysia masa tu bukanlah skuad sebenar Zimbabwe. Monomotapa FC, sebuah kelab Zimbabwe menyamar sebagai skuad kebangsaan diorang dan setiap pemain dibayar $2,000-$5,000 untuk setiap perlawanan yang kalah.

 

Seperti yang dirancang, Zimbabwe kalah kedua-dua perlawanan menentang Malaysia dengan keputusan memihak Malaysia 4-0 di Stadium Cheras dan 1-0 di Stadium Shah Alam.

 

Rasuah dalam bola sepak Zimbabwe ni bukannya benda baru. Disebabkan perkara ni, ranking skuad kebangsaan Zimbabwe jatuh mendadak hingga tangga ke-130.

 

Lepas siasat punya siasat, rupanya sindiket ni datang dari ejen “betting” Singapura, Wilson Raj Perumal.

 

Wilson Raj Perumal atau nama samarannya Kelong King merupakan dalang sindiket mengatur perlawanan yang terkenal di Asia.

 

Sebelum ni dia dah disabitkan kesalahan mengatur perlawanan pada 1995. Dia pun pernah atur perlawanan dengan pasukan dari Finland, Togo, Singapura dan Botswana.

 

Apa jadi dengan perlawanan Malaysia dengan Zimbabwe tu?

 

Perlawanan persahabatan tu asalnya diklasifikasikan sebagai perlawanan “A” tapi FIFA akhirnya tarik balik status perlawanan tu lepas kantoi yang Malaysia sebenarnya bukan lawan pasukan kebangsaan Zimbabwe yang sebenar.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Korang minat sukan? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya.

 

Korang boleh baca macam mana Jürgen Klopp bawa Liverpool menjulang Liga Juara-juara Eropah dengan lebih terperinci di dalam LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH:

https://shope.ee/5fPTPWY9UL


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply