Korang kalau naik LRT mesti selalu dengar Stesen Abdullah Hukum. Tapi korang kenal ke siapa dia ni?

 

Abdullah Hukum atau nama sebenarnya Abdullah Rukun ni la orang yang bertanggungjawab teroka penempatan di Sungai Putih yang kini dikenali sebagai Kampung Haji Abdullah Hukum.

 

Kampung dalam bandar ni terletak di selatan sepanjang Jalan Bangsar, di antara Stesen LRT Abdullah Hukum dengan Sungai Klang. Kawasan perkampungan ni dikelilingi dengan kawasan komersial yang lain seperti Bangsar, Mid Valley Megamall, The Gardens, Universiti Malaya dan Kerinchi.

 

Kampung Haji Abdullah Hukum ini asalnya ialah penempatan awal masyarakat Melayu. Kampung ni wujud sejak 200 tahun yang lalu.

 

Abdullah Hukum yang berasal dari Kerinci, Sumatera dibawa bapanya berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu ketika berusia 15 tahun pada tahun 1850.

 

Haji Abdullah Hukum pernah cari kerja di lombong bijih timah di Sungai Ujong. Tapi hasratnya tu tak tercapai. Beliau buat keputusan pindah ke Kuala Lumpur.

 

Kerja yang pernah Haji Abdullah Hukum buat ialah ambil upah bina tali air di Serambut (Batu 5 Gombak).

 

Haji Abdullah Hukum pernah menghadap Raja Laut dan meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut beri kebenaran kepada Haji Abdullah Hukum untuk buka sebidang tanah di Pudu.

 

Ramai penduduk yang berasal dari Kerinchi mendiami kawasan penempatan baru ini (kini kawasan Bukit Bintang).

 

Di Pudu, Haji Abdullah Hukum dan pengikut-pengikutnya telah menjalankan kegiatan bercucuk tanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan berbagai tanaman yang lainnya, termasuk juga ada yang bersawah padi.

 

Raja Mahmud pulak berikan surat kebenaran kepada Haji Abdullah Hukum untuk buka kebun di Bukit Nanas (tapak Menara Kuala Lumpur sekarang).

 

Beliau pun dapat perkenan Raja Laut dan juga ‘Maxwell’ untuk teroka penempatan di Sungai Putih, kini dikenali sebagai Jalan Bangsar. Semasa di Sungai Putih, beliau buka penempatan baru di Bukit Chandi Putra (Kompleks Angkasapuri sekarang).

 

Beliau berjaya menyatupadukan tiga kaum utama yang terdapat di situ iaitu Melayu, Cina dan India. Dengan kejayaan itu juga, Haji Abdullah Hukum telah menamakan jalan utama di situ sebagai ‘Jalan Bangsa’, seterusnya hari ini dikenali sebagai ‘Jalan Bangsar’.

 

Atas jasa beliau ketika Perang Kelang, Sultan Abdul Samad kurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepada Haji Abdullah Hukum. Tanah ni terletak hampir dengan Sungai Kelang dan begitu strategik dari segi perhubungan serta sesuai untuk bercucuk tanam.

 

Penempatan tu dinamakan sebagai ‘Kampung Haji Abdullah Hukum’ dan terus menjadi tumpuan oleh pengikut-pengikutnya sejak tahun 1890-an lagi.

 

Sekarang, kawasan Kampung Haji Abdullah Hukum ni pun dah pupus dari peta Kuala Lumpur apabila ia dinamakan semula dan dibangunkan dengan nama Inggeris sebagai KL Eco City. Tinggal nama stesen LRT dan Masjid Jamek Abdullah Hukum atas cadangan waris-waris Haji Abdullah Hukum yang nak legasi beliau dikekalkan.

 

Sebagai mengiktiraf sejarah panjang kawasan berkenaan, sebuah rumah lama milik beliau dikekalkan di situ dan dijadikan sebagai lambang KL Eco City.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Menarik tak cerita pasal Haji Abdullah Hukum ni? Belajar lagi mengenai tokoh-tokoh Melayu yang lain bersama KITAB TAMADUN MELAYU! Dapatkan Segera!

https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply