Tajuk ini bukan umpan. Seluruh Ukraine dibοm Rusia. Presiden Volodymyr Zelensky sudah mengisytiharkan darurat di Ukraine.

Dan pihak Rusia meminta (baca: mendesak) Ukraine hentikan semua penerbangan domestik dalam “zon konflik yang aktif” ini.

Maksudnya, semboyan sudah berbunyi. Perαng sudah bermula.

Angin peperαngan ini sebenarnya sudah lama bersepoi-sepoi membawa bahasa ancaman.

2022: Kereta kebal yang ditanda huruf Z. Entah apa maksudnya.
2022: Mungkin untuk elak friendly fire.

Malah konflik ini sudah bermula sejak tahun 2014 lagi, iaitu apabila Rusia mengambil Crimea daripada pihak Ukraine.

Pengambilan ini pula diwajarkan dengan “hak rakyat Crimea” untuk buat penentuan.

2014: Serangan di Crimea

Dan sekarang, Rusia kembali dengan helah pewajaran yang sama (Pannett, et al., 2022).

Untuk mengukuhkan lagi justifikasi perαng (casus belli) ini, Vladimir Putin mengumumkan niat Rusia iaitu untuk “membawa keamanan dan membuang barah N4zi” daripada Ukraine (Cichowlas & Clark, 2022).

Inilah satu-satunya bahasa yang rakyat Rusia faham. Konsepnya sama seperti sesetengah negara Islam yang kononnya melancarkan sesuatu konflik untuk “memelihara umat daripada puak kafir”.

Mesti ada satu hujah yang memurnikan kerja jahat. Semasa Perαng Dunia Kedua dulu, Jerman menyerang Czechoslovakia kerana “ingin menolong bangsa sendiri di bumi orang”.

Casus belli yang sama diguna Putin sekarang (dan Rusia pernah guna helah ini semasa menyerang Georgia dulu).

Perαng kecil di Georgia.

Pihak Rusia sudah lama bersedia untuk menyerang Ukraine.

Dalam masa beberapa minit selepas pengumuman Putin, letupan dilaporkan berlaku di Kiev, Kharkiv, Odessa dan Donbas (Sheftalovich & Kuznetzov, 2022).

Odessa menjadi tumpuan utama, kerana Angkatan Tentera Darat sudah tembus masuk untuk berkumpul di bandar ini (dan bandar Mauripol).

Masalah sekarang, Rusia tidak bersendirian dalam peperαngan ini. Ukraine kini dihimpit pihak Belarus, yang dituduh menghantar bala tenteranya juga. Kira boleh tahan juga Ukraine diasak dari utara dan timur.

Pelan Tindakan Barat

Apa yang berlaku hari ini telah diumumkan United Kingdom beberapa hari lepas.

Mungkin pihak perisikan British sudah menghidu arahan daripada Rusia. Namun United Kingdom (dan Amerika Syarikat) sekarang kelihatan macam malas ambil tahu.

Cukup sekadar mengisytiharkan “sekatan ekonomi” (economic sanctions). Jujur cakap, taktik sekatan ekonomi sudah dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi.

Semasa Rusia mengambil Crimea lagi, pentadbiran Barack Obama mengumumkan sekatan ekonomi.

Tengok pada keberhasilannya, nampak serupa Barat block Rusia di Facebook saja.

Joe Biden dan Boris Johnson sedang mempertimbang pelan tindakbalas yang boleh membantu Ukraine (Parti, 2022).

Cuma kalau kita tengok macam mana mereka “membantu” semasa Crimea dulu, boleh nampaklah batasan di sebalik bantuan ini.

Setakat sekatan ekonomi takkan sama sekali bantu Ukraine dalam menghadapi konflik sebegini besar.

Jujur cakap, inilah pembukaan perαng paling dahsyat yang berlaku di bumi Eropah… paling dahsyat sejak tahun 1945 apabila Perαng Dunia Kedua tamat.

Dahsyat kerana Ukraine berdepan dengan bala tentera sangat besar, yang mampu memenggal kedaulatan mereka jika dibiar.

Bab “memenggal” bukan sama sekali lebih kuah dari sudu. Kerana Vladimir Putin sendiri berkata “kedaulatan Ukraine hanyalah fiksyen” (Schwirtz, et al., 2022).

Buat masa sekarang, Barat bertindak dengan cara kecaman sahaja. Tidak pasti sejauh mana mereka akan bertindak.

Mungkin takkan sampai menghantar bala tentera sendiri.

Bercakap panjang tentang apa yang berlaku, masih belum bercerita pasal motif Rusia. Sebenarnya motif Rusia sangat kompleks. Rumit, kerana ia berbaur dendam atas apa yang Ukraine buat tempoh hari.

Untuk mengenal pasti motif peperαngan Rusia dan memahami naratifnya, kalian boleh dapatkan naskah Putin: Tsar Moden Rusia:

Putin: Tsar Moden Russia

RUJUKAN:

Cichowlas, O., & Clark, D. (2022, Februari 24). Russia’s Putin Announces Military Operation in Ukraine. The Moscow Times.

Pannett, R., et al. (2022, Februari 24). U.S. vows to hold Russia accountable after it begins attack on Ukraine. The Washington Post.

Parti, T. (2022, Februari 24). Biden Calls Putin’s Ukraine Actions an ‘Unprovoked and Unjustified Attack’. The Wall Street Journal.

Schwirtz, M., et al. (2022, Februari 21). Putin Calls Ukrainian Statehood a Fiction. History Suggests Otherwise. The New York Times.

Sheftalovich, Z, & Kuznetzov, S. (2022, Februari 24). Blasts rock Ukraine as Putin declares war. Politico.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply