Evolusi mengambil masa yang lama untuk mengubah ciri ciri hidupan. Ada yang ambil ratusan ribu tahun, ada yang ribuan tahun. Tapi, ada juga yang ambil masa dengan agak pantas. Contoh tersebut ialah saiz gading gajah.

Selalunya, gading gajah ni besar. Gajah gunakan gading dia untuk bertarung pilih pasangan. Jadi, gajah dengan gading besar selalunya akan menang sebab bantu dia lawan. Malangnya, gajah bergading besar ni pulak selalu diburu oleh pemburu dalam kalangan manusia. Gading gajah ni dulu kompoditi mewah – orang buat guna jadi hiasan mahal. Jadi sebab tu orang buru gajah, lagi lagi gajah bergading besar.

Disebabkan benda ni, wujud tekanan evolusi pada gajah. Disebabkan gajah bergading besar ni banyak yang mari sebab kena buru, jadi yang tinggal cuma gajah bergading kecik. Kemudian, gajah bergading kecik ni pulak membiak dan lahirkan anak anak yang sama gading kecik.

Hasilnya, gading gajah semuanya makin lama jadi makin kecil. Dah bapak gading kecik, anaknya pun lagi kecik. Ada sesetengah kes, gajah generasi baru ni takde langsung gading. Sebab benda ni jugak, pemburu tak buru gajah gading kecik ni sebab tak berbaloi gading kecik. Semua ni berlaku sebab tekanan evolusi sahaja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply