Ya, kita sepatutnya tak boleh minum susu sebab kita tak boleh nak hadam susu. Disebabkan benda ni, tu yang wujud lactose intolerance. Bila minum susu, mula la sakit perut, demam dan muntah muntah.
Tapi kenapa jadi macam tu sedangkan dulu ok je kita minum susu tak kisah susu ibu atau susu lembu? Benda ni sebab masa kita masih bayi, perut kita ada enzim lactase yang tolong kita hadamkan susu. Bila kita makin besar dan dah tak menyusu susu ibu kita, enzim ni pun hilang sekali.
Jadi sebab tu bila kita minum susu, ada yang sakit perut dan sebagainya. Benda ni sebab susu yang kita minum takleh dihadam perut. Tapi kan, kenapa ada je orang yang boleh minum susu sampai sekarang tanpa perlu hadap masalah lactose intolerance?
Benda ni sebab ada nenek moyang kita yang dah berevolusi untuk dapat hadam susu. Campur lagi dengan tekanan daripada kebuluran, di mana orang orang yang lactose intolerant mati sebab tak cukup zat dan tak boleh minum susu, berbanding orang lain yang boleh elak kebuluran dengan minum susu tanpa ada masalah lactose intolerance, maka cucu cicit diorang yang lahir pun banyak yang takde masalah lactose intolerance.




No comments yet