Khamis lepas (22 Jun 2023), saintis dari NASA bernama Kevin M. Gill keluarkan gambar permukaan planet Musytari yang mengeluarkan pancaran hijau (gambar pertama).

 

 

Penemuan ini menggemparkan dunia sains astronomi, tertutamanya para peminat sains angkasa kerana gambar tersebut begitu menarik. Apa sebenarnya pancaran hijau yang tiba-tiba bersinar di permukaan planet terbesar dalam Sistem Suria?

 

Sebenarnya gambar ini ditangkap oleh probe angkasa milik NASA iaitu Juno yang sedang mengelilingi Musytari pada 30 Disember 2020. Tiga tahun gambar ini diproses, akhirnya M. Gill dapat gambar sebegini.

 

Pancaran hijau di permukaan Musytari itu sebenarnya kilat yang memancar. Kilat bukan saja wujud di atmosfera Bumi. Planet bergas seperti Musytari dan Zuhal juga mempunyai kilat tersendiri. Bezanya lokasi kilat yang selalu memancar. Kilat di Bumi biasanya terjadi di kawasan Khatulistiwa atau garisan equator. Tapi, kilat di Musytari terjadi di Kawasan berhampiran kutub utara dan selatan.

 

Mesti korang pelik kenapa kilat kat Musytari tu warna hijau? Warna kilat terjadi begitu sebab kandungan awan yang berkumpul di atmosfera Musytari itu sendiri. Kilat di Bumi berwarna putih kerana kandungan awannya terdiri dari air. Awan di Musytari pula terdiri dari campuran air dan ammonia. Kehadiran ammonia inilah menjadikan kilat memancar berwarna hijau.

 

 

Fakta menarik tentang kilat di planet bergas:

 

1. Pada tahun 1979, probe angkasa Voyager I telah merakam pancaran kilat Musytari dan menganggarkan kekuatan kilat ini ialah sepuluh kali ganda dari kilat Bumi.

 

2. Pada tahun 2012, probe angkasa Cassini menangkap gambar kilat berwarna biru di permukaan Zuhal. Kilat Zuhal mampu memancar 10 kali dalam sesaat.

 

Jadi, atmosfera Musytari dan Zuhal tidak setenang atmosfera Bumi. Bayangkan kilat ni hadir dalam atmosfera Bumi, nak duduk diam kat rumah pun tak tenang!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply