Sebelum kita mencapai ruang angkasa, haiwan telah mendahului kita. Mungkin ada antara korang tak tahu sejarah haiwan dihantar ke angkasa sebab sejarah perlumbaan angkasa antara AS (Amerika Syarikat) dan Kesatuan Soviet begitu popular, sampai kita anggap Yuri Gagarin iaitu angkasawan Soviet adalah makhluk pertama tiba ke angkasa.

 

Sejak era Perang Dunia Kedua lagi ada projek menghantar haiwan ke angkasa. Sebab utama projek ini dilakukan ialah menjadikan haiwan sebagai uji kaji untuk memerhati keadaan tubuh badan di angkasa, sebelum menghantar manusia.

 

Saintis boleh memantau kelakuan dan sistem tubuh badan haiwan, sama ada haiwan-haiwan mampu mengadaptasi ruangan angkasa atau tidak. Berikut ialah haiwan-haiwan yang pertama kali tiba ke angkasa:

 

1. Lalat buah. Serangga ini adalah haiwan pertama sekali dibawa ke penghujung atmosfera. Lalat ini dibawa oleh roket pada tahun 1947 di White Sands Missile Range, Mexico dan roket yang dilancarkan terbang ke 100 kilometer dari permukaan Bumi.

 

2. Masuk tahun 1949, sebanyak 32 ekor monyet dalam percubaan ke angkasa dan seekor monyet bernama Albert II adalah monyet pertama dihantar ke angkasa. Tapi, monyet ini mati apabila kapal angkasa yang membawanya gagal melancarkan payung terjun apabila tiba ke Bumi semula.

 

3. Pada tahun 1957, anjing bernama Laika adalah anjing yang pertama dihantar ke angkasa oleh Soviet menggunakan kapal angkasa Sputnik 2. Sebelum dihantar ke angkasa, anjing-anjing yang saintis Soviet bawa akan diuji dahulu, seperti tinggal di sangkar yang kecil.

 

 

Melihat Laika yang tenang saja semasa melalui ujian tersebut, anjing ini terus dipilih sebagai calon yang sesuai. Sputnik 2 menyediakan bekalan oksigen dan makanan cukup untuk 7 hari di angkasa.

 

Tapi sayang, Laika mati selepas tiba di orbit Bumi. Banyak spekulasi bagaimana Laika boleh mati dan jawapan sebenar dari mereka yang terlibat dalam projek itu ialah Sputnik 2 mengalami kegagalan kawalan suhu, sehingga Laika stress dengan suhu yang tidak terkawal itu.

 

4. Selepas Laika, dua ekor anjing bernama Belka dan Strelka juga dihantar ke angkasa melalui program angkasa Soviet pada 19 Ogos 1960. Akhirnya kedua-dua anjing selamat tiba ke Bumi semula. Strelka melahirkan enam ekor anaknya dan salah satu anak anjing dihadiahkan kepada presiden AS John F Kennedy oleh ketua projek angkasa Soviet iaitu Nikita Khrushchev.

 

5. Pada tahun 1963, saintis Perancis menghantar haiwan pertama mereka iaitu kucing bernama Félicette ke angkasa. Implan ditanam ke dalam badan kucing ini bagi memerhati keadaan biologinya. Félicette akhirnya selamat tiba ke Bumi tapi mati selepas 2 bulan mendarat.

 

 

6. Pada 15 September 1968, dua ekor kura-kura menjadi haiwan pertama meneroka di orbit Bulan, dibawa oleh kapal angkasa Rusia bernama Zond 5. Tumbuhan dan bakteria juga menemani pasangan kura-kura ini dan kesemua hidupan selamat setelah 7 hari di orbit Bulan.

 

Tikus, semut, ikan, labah-labah, lipas, dan katak adalah haiwan yang telah tiba di angkasa dan selamat tiba di Bumi. Walaupun manusia berjaya tiba di angkasa sampailah tiba ke Bulan, haiwan masih lagi saintis hantar ke angkasa demi melaksanakan penyelidikan mereka.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply