Dalam satu persidangan artificial intelligence (AI) baru-baru ini, ada wakil robot yang diberi peluang berucap. “AI layak untuk mentadbir dunia ini. Kami boleh membuat keputusan tanpa bias emosi dan mampu menganalisa dengan lebih cepat dan tepat,” ujar Sophie, robot AI.

Teringat pulak Skynet dalam The Terminator.

Ramai saintis yang ajukan kegusaran dengan teknologi AI yang cepat mendominasi jaringan komputer dan internet. AI luminaries tulis satu surat yang menggesa perkembangan AI dibekukan selama 6 bulan. Model GPT-4 yang released tempoh hari terlalu maju untuk umat manusia tangani.

Pengkaji Eropah nak bentuk regulations yang lebih ketat agar AI tidak mudah dimanipulasi. Artikel dalam Majalah TIME sampaikan mintak shut down terus program AI ni. Bagaimanapun, Satya Nadella, chief executive Microsoft tak setuju. Jangan haraplah nak slow down. Model yang mereka bangunkan sekarang sedang dibina dengan kadar yang sangat cepat.

Teknologi bila dah tersebar, susah nak tarik break.

Dari segi kebaikan, GPT-4 boleh membantu kreativiti manusia, penemuan saintifik, mempermudah proses pembelajaran dan digunakan dalam bilik kuliah. Tetapi buruknya pun tak kurang juga. GPT-4 boleh menyebarkan phishing attack, menularkan maklumat palsu dan menggodam sistem komputer infrastruktur penting. Ini yang saintis risaukan.

Penulis Amerika, Stewart Brand mengandaikan, teknologi AI yang sedang bangkit sekarang tidak bergerak seiring dengan ketamadunan manusia. Hal seperti alam semulajadi, budaya, politik kerajaan, infrastruktur, perdagangan dan fashion masih lambat berkembang sedangkan AI sudah terlalu pantas. Kesannya, akan berlaku ketidakseimbangan dalam kehidupan umat manusia.

Bak kata EO Wilson, sociobiologist Amerika, “Masalah kemanusiaan sekarang ialah kita bergelut dengan emosi manusia zaman Paleolithic, institusi kerajaan zaman pertengahan dan teknologi taraf God-like.”

Korang rasa kerisauan mereka ni berasas atau tidak?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply