Baru-baru ini, saintis China dari Wuhan Center of China Geological Survey telah menemui fosil haiwan reptilia di negeri Hubei, China. Nama saintifik haiwan ini ialah Hupehsuchus nanchangensis yang pernah hidup pada 247 juta tahun dulu.

 

Yang peliknya pasal fosil buaya kuno ini ialah tengkoraknya, di mana rahang atasnya berlubang dan rahang bawahnya tidak bersambung dengan rahang atas. Kemudian mereka bandingkan dengan tengkorak haiwan Iain iaitu 23 spesis anjing laut, 14 spesis buaya, 52 spesis paus bergigi, 25 spesis burung, satu spesis platypus, dan 15 spesis paus balin.

 

Keputusannya menunjukkan tengkorak buaya Hupehsuchus ini menyerupai tengkorak paus balin. Tengkorak paus balin agak unik berbanding tengkorak paus lain. Ia juga mempunyai rahang atas yang berlubang dan rahang bawah yang tak bersambung.

 

 

Paus yang mempunyai tengkorak sebegini biasanya mempunyai cara pemakanan dipanggil sebagai ‘filter feeding’ iaitu memakan hanya haiwan bersaiz mikrob seperti udang krill. Mulutnya kena buka luas-luas untuk menelan apa yang ada dihadapannya. Paus balin ni ada gigi tapi rupa dia macam berus, menapis bahan-bahan tak diperlukan dari air yang disedut.

 

Berkemungkinan besar spesis buaya kuno ini juga mempunyai cara makan yang sama dengan paus balin, hanya memakan udang krill saja. Jadi, adakah spesis buaya Hupehsuchus adalah moyang paus balin?

 

 

Sebenarnya, tak. Menurut saintis China, spesis buaya memakan udang krill ini wujud selepas tiga juta tahun selepas peristiwa kepupusan besar-besara era Permian (251 juta tahun dulu). Masa tu tiada mangsa yang dapat diburu, jadi buaya terdahulu beradaptasi dengan memakan haiwan bersaiz kecil di dalam lautan, sampai wujudnya spesis buaya Hupehsuchus.

 

Manakala spesis paus balin hanya wujud selepas 17 juta tahun dari peristiwa kepupusan dinosaur pada 66 juta tahun dulu.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply