Ia dipercayai pertama kali dihasilkan kira-kira 200 tahun lalu di Melaka. Malah, ada yang memberinya jolokan sebagai ‘Malacca cheese.’ Sejarah lain pula menyebut ia asalnya dibuat di Kampong Awak, Penang, sebuah perkampungan nelayan di utara pulau itu.
Ini adalah kisah bahan perasa atau rerempah (condiment) yang paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, iaitu belacan. Ia dibuat daripada udang kecil atau geragau yang dimampatkan agar tahan lama.
Geragau ini secara tradisinya dahulu hanya ditangkap menggunakan alat khas di perairan luar bandar seperti Pulau Pinang dan di sepanjang Selat Melaka. Nelayan menggunakan ‘sungko’ iaitu alat menangkap geragau menggunakan buluh.
Ia adalah pukat yang dijahit pada dua tiang yang bersilang. Kaedah ini biasanya dilakukan ketika air pasang, dan hasil tangkapan paling banyak biasanya antara bulan Oktober hingga Disember.
Bahan asas dalam pembuatan belacan ini adalah udang geragau dan garam. Udang yang telah dijemur bersama garam halus sehingga separuh kering akan dikisar hancur sebelum dibungkus dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong serta ditekan agar ia mampat.
Ia akan diperam selama seminggu dan selepas itu, ia dikeluarkan. Jika keadaannya masih basah, ia perlu dijemur sekali lagi, dikisar, dibungkus dengan kain dan dimampatkan serta diperam untuk seminggu lagi.
Proses ini perlu sentiasa diulang sehingga beberapa kali bagi menghasilkan belacan yang tahan lama. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu menumbuk udang ini menggunakan lesung bersama garam sehingga ia menjadi hancur. Bekas yang digunakan untuk memampatkannya dahulu adalah tampin, atau bekas kon yang dianyam daripada daun mengkuang.
Belacan adalah contoh kearifan tempatan masyarakat Melayu dalam proses pengawetan makanan yang mana seorang penulis, J.D. Vaughan dalam bukunya pada tahun 1879, iaitu The Manners and Customs of the Chinese of the Straits Settlements, menganggap belacan setanding dengan kaviar, meskipun rasanya jauh lebih kuat daripada kaviar.
Pakar pemakanan sendiri menyatakan kandungan belacan asli, tanpa pewarna tiruan mempunyai probiotik yang baik untuk kesihatan usus. Apa pun, belacan kekal sebagai perasa asli yang sangat sinonim dengan masakan Melayu kita.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih