Seorang novelis Perancis, Marcel Proust menulis dalam novelnya tentang bau yang membawanya kembali ke zaman kanak-kanak bersama mak ciknya apabila memakan kek madeleine bersama teh bunga. Dan hari ini, ia dikenali ramai sebagai Kesan Proust.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kesan Proust ini?
Kesan Proust ialah kesan di mana ingatan atau emosi yang berkaitan dengan pengalaman seperti bau atau rasa tiba-tiba datang semula kepada kita. Bau boleh mempengaruhi kita secara sedar dan tidak sedar dan membantu menentukan mood kita.
Malah, bau juga membantu kita membuat keputusan secara naluri. Bau adalah penting untuk rasa kita, mempunyai fungsi penggera yang penting dalam mengembalikan memori, mempengaruhi perasaan, perhubungan dan proses motivasi dan ingatan kita.
Selepas bertahun-tahun Marcel Proust menulis tentang mengingati memori lama daripada bau ini, sains akhirnya meletakkannya sebagai ‘deria mengingati’ yang mendapati bahawa hidung berfungsi dalam kesan ini.
Ia bukanlah sesuatu yang terlalu mengejutkan, memandangkan neurosains jelas menunjukkan bahawa bau dan ingatan berkait rapat dengan anatomi otak. Bau masuk melalui bahagian hadapan otak yang menghantar maklumat ke bahagian lain badan.
Bau kemudian mengambil laluan terus ke sistem limbik, iaitu kawasan otak anda yang dikaitkan dengan emosi dan ingatan. Bahagian otak anda ini menukarkan data ini menjadi kenangan. Menghidu sesuatu membawa kita kembali ke masa lalu kepada satu peristiwa diingati melalui otak kita.
Mesti ramai antara kita yang masih ingat bau bedak yang sering kita gunakan sebelum ke sekolah waktu kecil dahulu, atau bau makanan kegemaran yang dimasak oleh ibu kita. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa ia adalah kenangan dari zaman kanak-kanak kita yang timbul daripada bau ini?
Ini kerana perkembangan pesat deria bau kita berlaku semasa kita masih muda. Bau, menurut penyelidikan, adalah satu-satunya deria yang berkembang sepenuhnya pada usia muda. Ini kerana bau dan emosi khususnya disimpan sebagai kenangan. Zaman kanak-kanak anda ialah tempoh di mana anda mencipta “asas” untuk perkara yang anda suka dan tidak suka sepanjang hayat anda.
Dalam hal ini, Kesan Proust bukan sahaja mengujakan para saintis, malah ia turut digunakan oleh banyak perniagaan dalam memasarkan produk yang boleh mengembalikan ingatan seseorang kepada zaman muda mereka. Bau yang tidak dapat dilupakan dapat mencipta perasaan dan mencipta emosi yang tidak dijangka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih