Sekiranya kita lihat jata negeri Johor, terdapat dua ekor harimau yang dipasangkan diletakkan pada sebelah kanan dan kiri.

 

Harimau di sebelah kiri bernama Dengkes manakala sebelah kanan digelar sebagai Tepok sekali gus menggambarkan rupa sebenar Harimau Selatan.

 

Dengkes membawa maksud pendek pada salah satu kaki sama ada pada manusia atau haiwan dan jika diamati pada jata negeri Johor yang lama, memang Dengkes kakinya pendek sebelah.

 

Tepok pula membawa maksud lumpuh. Tepok dikatakan tempang kakinya dan canggai harimau di sebelah kiri jata yang lama hanya terdapat tiga kuku sahaja berbanding kebiasaannya canggai harimau perlu ada empat kuku.

 

Menurut beberapa lagenda, Dengkes dan Tepok jadi begitu kerana ada berbuat salah kepada Sultan Mahmud II (1685 – 1699).

 

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang menghukum Dengkes dan Tepok dengan memukul kaki kirinya dan menyebabkan ianya tempang.

 

Dikatakan juga Dengkes dan Tepok pernah bertarung selama 7 hari 7 malam dengan seorang pendekar dan ditakdirkan dalam pertarungan itu, Dengkes dan Tepok kalah. Dek kerana kekalahan itu, Dengkes dan Tepok diminta untuk menjaga negeri Johor sehingga akhir hayat.

 

Kononnya semasa Sultan Muzzafar Shah II (1546 – 1570) membuka Kota Seluyut di Kota Tinggi, Sultan Muzzafar Shah melihat seekor ibu harimau sedang melahirkan dua ekor anak dan itulah Dengkes dan Tepok yang dibela selepas kematian ibunya.

 

Malah Dengkes dan Tepok dikatakan masih hidup di alam lain dan akan muncul setiap kali pertabalan sultan Johor yang baharu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu banyak lagi fakta menarik sepanjang wujudnya Kesultanan Johor? Dapatkan TASJIL ANIS SALATIN 2: RAHSIA AGUNG JOHOR di Shopee kami segera!

https://bit.ly/TASII


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply