Konspirasi ni mula setelah program misi ke Bulan ini tamat pada tahun 1970-an. Kebangkitan teori konspirasi ni awalnya takde kena mengena dengan misi ke Bulan, tetapi lebih kepada runtuhnya kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Amerika Syarikat pada ketika itu.

 

Wabak konspirasi ini berjangkit ke seluruh Amerika Syarikat sejak tahun 1970-an. Konspirasi ni terjebak ke program misi ke Bulan.

 

Mereka sendiri yang mencipta konspirasi ni dan akhirnya mempengaruhi semua orang termasuklah segelintir di bumi Malaysia ni.

 

Bukti visual merupakan peralatan yang paling ampuh digunakan oleh pendokong teori konspirasi.

 

Kemudian, ‘realiti’ konspirasi itu dibentuk dengan mengukuhkan idea bahawa “apa yang kita lihat, tidak semestinya betul dan ini semua adalah lakonan”.

 

Kepekatan teori konspirasi ke Bulan ini semakin popular apabila Hollywood memfilemkan Capricorn One yang menggambarkan pendaratan ke Marikh adalah palsu.

 

Walau bagaimanapun, pelbagai teori-teori konspirasi berkenaan pendaratan ke Bulan telah pun disanggah.

 

Antara hujah mereka ialah ketiadaan bintang yang kata mereka jelas sekali bukti penggambaran studio.

 

Pertama sekali, harus diingati bahawa pendaratan Apollo 11 berlaku ketika siang di Bulan. Maka bintang akan dimalapkan cahaya Matahari, lebih-lebih lagi memandangkan sinaran Matahari dipantulkan permukaan Bulan.

 

Perkara yang sama berlaku di Bumi pun yang mana tiada bintang dapat dilihat semasa siang.

 

Para angkasawan juga tak terdedah kepada kesan radiasi. Kapal Apollo melepasi lingkaran radiasi ini dalam masa dua jam. Sepanjang masa tersebut, mereka dilindungi kemas oleh bahan aluminum kapal tersebut. Malah, perjalanan program Apollo juga dirancang dengan rapi.

 

Pihak yang mempertikaikan kejayaan ini atas faktor radiasi lingkaran Van Allen akhirnya diberikan tamparan hebat apabila Dr. James Van Allen sendiri menempelak hujah mereka.

 

Antara yang paling popular adalah bendera yang dipacak Neil Armstrong dikatakan berkibar. Umum diketahui bahawa Bulan tidak mempunyai tiupan angin. Apa yang tidak diketahui ramai adalah bendera ini sebenarnya dipasang pada rod yang berbentuk L agar fabrik bendera ini tidak tergantung.

 

Banyak lagi andaian mereka sebenarnya. Setiap satunya telahpun dijelaskan. Namun penjelasan ini peliknya tak digunapakai sepertimana hujah pertikaian diulang pada setiap masa sehingga merosakkan fikiran umat manusia.

 

Lebih keruh lagi apabila golongan ilmuwan menggunakan platform ceramah untuk menyebarkan teori konspirasi tanpa asas sebegini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Teori konspirasi sentiasa beredar dan seharusnya kita bijak membezakan mana satu benar dan palsu. MENCABAR TEORI KONSPIRASI ialah jawapannya. Dapatkan di link sekarang! https://bit.ly/mencabarteorikonspirasishopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply