Sekitar abad ke 19, kita ada pakar bedah lejen ni bernama Robert Liston. Belialu ni terkenal sebab bila dia bedah je mesti laju je siap. Cuma tu lah, dia punya laju tu tak relaks langsung sampai benda lain sekali dia bedah.

Contoh macam satu kes ni, dia kena potong kaki pesakit dia. Dia potong kaki pesakit tu dalam 2.5 minit je, sangat pantas. Punya la laju dia potong, sekali dengan jari pembantu bedah dia si Robert ni potong. Pesakit tu dengan pembantu dia tu akhirnya meninggal sebab gangrene.

Dalam kes lain, beliau pernah potong kaki pesakitnya yang lain dalam masa 2.5 minit, sekali dengan telur pesakit tu. Naya pak karim member tu. Dalam satu catatan, ada yang cerita macam mana si Robert ni bedah orang. Diperkatan bila Robert ni nak bedah orang, dia akan suruh orang catat masa dia kuat kuat. Lepas tu masa nak bedah tu memang sangat laju. Mula mula potong kulit, tau tau Robert dah mula gergaji tulang pesakit. Sebab nak gergaji ni kena guna dua belah tangan, jadi Robert akan gigit pisau pemotong dia guna mulut kasi pegang elok elok.

Walau bagaimanapun, bukan semua benda Robert ni buat benda teruk. Beliau dikenali sebagai pencipta forsep bulldog yang bertindak sebagai pengepit arteri dan juga tukang bedah pertama yang guna ubat bius dalam operasi bedah di Eropah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply